Kit badan Pandem Rocket Bunny untuk GR 86

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pertama kali kit badan Pandem Rockit Bunny menerjah dunia, ia berjaya menarik perhatian umum sehinggakan penulis pada ketika itu sanggup mengeluarkan duit untuk membeli model kit Rocket Bunny GT86. Minat punya pasal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, pengeluar kit badan TRA Kyoto tampil dengan penawaran terbaharu bagi model Toyota GR 86 2022, di mana ia membawakan rupa paras hadapan yang lebih agresif dengan pemasangan canard bersegi yang bersambung dengan splitter hadapan, serta kehadiran liang tambahan pada bahagian atas bampar depan.
 

86


Elemen fender yang lebar pada model lama turut dibawakan pada model GR 86 dengan rekaan arka roda yang sedikit bersegi.

Di bahagian belakang pula, kit Rocket Bunny telah menambah sayap belakang yang mengikut reka bentuk asal model GR 86, sementara rekaan bampar pula masih lagi mengekalkan kedudukan asal tip ekzos, namun dengan tambahan komponen kecil pada bahagian bawah tip ekzos.
 

86


Setakat ini harga jualan untuk kit badan baharu GR 86 ini tidak didedahkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…