Kit badan Modellista untuk Toyota Corolla Cross - hanya di Jepun sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Seperti biasa, setiap kali model baharu memasuki pasaran Jepun, menderu-deru penawaran aksesori dan kit badan yang dihasilkan khusus untuk menarik perhatian para pembeli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Modellista merupakan salah satu pihak yang sudah mula menawarkan barisan aksesori menarik untuk SUV Toyota Corolla Cross yang telah pun dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

Terdapat dua kit berbeza yang boleh dibeli, iaitu set Aero Parts dan Cool Shine Kit.
 

Crosdsd


Aero Parts Set merupakan penawaran yang mampu menjadikan Corolla Cross anda lebih agresif seperti spoiler depan yang unik, plastik arka roda mengikut warna badan, panel rocker yang lebih gagah, serta kemasan tambahan pada bampar belakang.
 

Corolla


Sementara Cool Shine Kit pula menampilkan kemasan krom yang unik pada gril hadapan, liang kemasukan udara sisi, pintu tailgate, cermin sisi serta pemegang pintu.

Selain daripada itu, pembeli juga boleh mendapatkan pilihan rim bersaiz 17 inci dengan jejari hitam dan perak, atau rim 18 inci dengan rekaan jejari yang lebih kompleks.
 

cross


Terdapat juga naik taraf sistem audio JBL, filem nipis pelindung ruang pemegang pintu luaran, beg tote/kusyen, scuff plate, bolt pemegang nombor pendaftaran, lampu belakang LED serta lampu pintu LED.

Seperti yang diberitahu, kit badan Modellista ini hanya boleh didapati untuk pasaran Jepun sahaja buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pendekatan retro klasik itu ditawarkan pula pada sebuah lagi model kei car Daihatsu, iaitu…
Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2024 yang bakal tiba kelak, DAMD memperkenalkan tema baharu yang…