Kit badan Little D, 80's DAMD untuk Daihatsu Taft

oleh Mohamad Hanif|
Jepun bukan sahaja mempunyai barisan k-car yang menarik perhatian, akan tetapi penawaran aksesori kit badan yang sangat meriah, sampai tak tahu mana yang nak dipilih untuk dipadankan pada kereta kesayangan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Syarikat pakar barangan aftermarket DAMD yang sebelum ini telah memperlihatkan kit badan Little D dan Little G untuk Suzuki Jimny telah melancarkan dua kit badan untuk Daihatsu Taft, iaitu Little D dan 80's.

 


Seperti yang ditawarkan pada Suzuki Jimny, kit Little D membawakan pengaruh Land Rover Defender untuk Daihatsu Taft, seperti  contoh gril hadapan yang dihitamkan, bampar hitam, serta tulisan Little D pada hud enjin.

Terdapat set rim baharu yang direka sendiri oleh DAMD yang dibaluti tayar off-road, sementara bahagian sisi badan menampilkan pelekat Union Jack.

 


Bahagian atas pula menempatkan rak bumbung yang lengkap dengan aksen kayu, serta pemasangan lampu limpah.

Kemasan dalaman pula merangkumi fabrik green plaid dan vinil hitam pada tempat duduk, atau opsyen kemasan berwarna Gray dan Royal Red.

 


Kit kedua lebih mesra digelar sebagai 80's yang menampilkan elemen trak pikap Toyota daripada era 80-an, lebih tempat lagi Toyota Land Cruiser.

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah gril hadapan dan bampar yang unik, set roda yang tersendiri, dan rekaan hud yang sedikit berbeza.

 


Bahagian sisi pula menampilkan tampalan grafik vinil berwarna merah dan jingga, sementara opsyen untuk ruang dalaman adalah sama dengan apa yang ditawarkan pada Little D.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daihatsu Taft (Tough and Almighty Four Wheel Touring Vehicle) membawakan dimensi yang hampir serupa…