Kit badan yang boleh ditempah bermula tahun depan ini menawarkan penambahan pada bahagian bampar hadapan untuk tujuan aerodinamik, lampu LED ekstra, lencana Liberty Walk menggantikan logo Toyota, serta kemasan gentian karbon.
Bahagian sisi SUV off-road ini diserikan dengan fender yang lebih lebar, serta pemasangan set rim yang bukan sahaja lebih besar malah lebih lebar.

Di bahagian belakang pula terdapat gandingan dua unit spoiler pada bahagian atas dan bawah cermin belakang, penambahan aero pada bampar, diikuti dengan diffuser dan tip ekzos berkembar.
Kit badan Liberty Walk ini dijual pada harga bermula dari ¥1,958,000 (RM74,880) dan boleh didapati pada tahun hadapan.
Itupun jika anda sudah berjaya membawa pulang sebuah Land Cruiser. Jika tempoh menunggu anda adalah sekitar empat tahun, beli sahaja kit Liberty Walk ini dan simpan dengan rapi.
Mana tahu satu hari nanti boleh swap dengan barang yang lebih mahal...