Kit badan lebar Novitec N-Largo untuk Ferrari F8 Tributo

oleh Mohamad Hanif|
Atas kertas, Ferrari F8 Tributo sudah berupaya untuk menghasilkan angka output yang mengkagumkan - 710 kuasa kuda yang diekstrak daripada enjin 3.9 liter V8 turbo berkembar, dan keupayaan pecutan sepantas 2.9 saat dari 0-96 km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, angka tersebut nampaknya tidak mencukupi bagi mereka-mereka yang duduk di bawah bumbung Novitec, dan mereka segera menghasilkan satu pakej lengkap yang bukan sahaja mampu menambah kuasa, akan tetapi penampilan di atas jalan raya.

 


Dimulakan dengan unit enjin, Novitec telah menala semula enjin V8 supaya mampu menghamburkan kuasa setinggi 818 kuasa kuda dan 930 Nm, dipadankan dengan transmisi asal automatik tujuh kelajuan.

Ini bermakna, Ferrari F8 Tributo ini mampu memecut sepantas 2.6 saat dari 0-96 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 340 km/j.

 


Segala sisa pembakaran disalurkan ke atmosfera menerusi sistem perpaipan keluli tahan karat serba baharu.

Kit badan lebar yang anda lihat pada ketika ini digelar sebagai N-Largo yang dihasilkan oleh pereka Jerman, Vittoria Strosek yang menampilkan kemaskini terhadap beberapa bahagian seperti bampar hadapan, bampar belakang, skup hud serba baharu dan spoiler ekor itik pada bahagian belakang.

Secara keseluruhan, ia adalah lebih lebar 5.1 inci berbanding ukuran lebar asal Ferrari F8 Tributo.

 


Aspek pemanduan yang selesa tidak pernah dilupakan, di mana Novitec telah melengkapkan F8 Tributo ini dengan spring yang mampu direndahkan sebanyak 35 mm, atau ditinggikan sebanyak 40 mm untuk kawasan yang berbonggol.

Rim Vossen NF10 bersaiz 21 inci digunakan untuk roda hadapan, dan 22 inci untuk roda belakang.

 


Hanya 15 unit sahaja F8 Tributo N-Largo yang akan dibina, namun tiada sebarang harga jualan didedahkan oleh Novitec buat masa ini.

Sebagai makluman, harga jualan untuk sebuah F8 Tributo di Malaysia bermula dari RM1,068,000 dan tidak termasuk cukai, insurans dan yuran pendaftaran yang berkaitan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Penghentian produksi F8 Tributo itu menandakan tamatnya era coupe Ferrari berenjin tengah yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Motor1, supercar itu disewa oleh seorang individu yang mendakwa tidak…
Berita Global
Akan tetapi, bagaimana mereka yang jenis tidak berpuas hati dengan apa yang ada? Novitec baru-baru…