Kit badan gentian karbon untuk Huracan - dari RM163 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda merasakan rupa luaran Lamborghini Huracan adalah terlalu biasa, Fusion Motor Company menawarkan kit badan khas yang mampu menjadikan supercar anda lebih garang berbanding biasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kit badan yang diperbuat daripada gentian karbon sepenuhnya itu terdiri daripada lip bawah, winglet sisi, bumper dan hud hadapan. 

Selain daripada itu, di bahagian sisi Fusion telah mendatangkan skirt sisi, serta mereka semula bukaan kemasukan udara. 

 


Modifikasi diakhiri dengan  pemasangan sayap belakang gentian karbon, spoiler lid ekor itik, serta diffuser yang lebih agresif dan bertindak sebagai sebahagian daripada bumper belakang. 

Para pelanggan boleh mendapatkan kit badan Huracan ini dengan kemasan akhir berkilat (gloss) atau matte. 

Dan bila mana kit badan tersebut diperbuat daripada gentian karbon, harga jualannya bukanlah semurah kit badan untuk sedan sempena ulang tahun sesebuah syarikat.

 


Sebagai permulaan, anda perlu menyediakan wang berjumlah $38,888 (RM163,077), namun bagi para pembeli Huracan, harga tersebut tidak akan menjadi satu masalah besar. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Namun, perpindahan beliau ke sana bukannya murah, di mana pasukan Al-Hilal perlu membayar £78 juta…
Berita Global
  Setiap model ditawarkan dalam dua konfigurasi dengan warna dan grafik khusus seperti logo 60th…