Kit badan dari China ini mampu ubah Suzuki Jimny anda jadi G-Wagen mini!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya demam terhadap SUV off-road cilik Suzuki Jimny masih belum kebah dan percaya atau tidak, ini antara kenderaan yang berjaya mencetuskan fenomena yang tersendiri di seluruh dunia. 

Dengan badan yang serba kecil, namun berkeupayaan off-road dan bentuk kekotakan, tidak menang tangan nampaknya kilang pengeluaran di Jepun, sehinggakan terdapat desas-desus ia akan dipasang di negara jiran, Indonesia. 
 


Terbaharu, terdapat firma penala yang tidak diketahui namanya yang berasal dari China menawarkan kit badan untuk Jimny bertukar menjadi G-wagen sebenar. 

Boleh tahan juga tahap kekemasan yang ditawarkan, bermula dari pemasangan gril hadapan Panamericana yang diletakkan logo 'S', lampu LED bulat sehinggalah kepada slot lampu membelok yang diposisikan pada atas fender.
 


Profil sisi Jimny G-Wagen ini juga tampak menarik dengan pemasangan step board daripada aloi dan tip ekzos berkembar yang sengaja diposisikan keluar di bahagian tepi - memang nak tiru G-wagen lah senang cerita!

Di bahagian belakang pula, perubahan tidaklah seagresif di bahagian hadapan dan sisi di mana ia cukup untuk menjadikan Jimny anda lebih classy dan tampak mewah walaupun harganya jauh berkali ganda lebih murah berbanding G-wagen sebenar. 
 


Berdasarkan beberapa kit badan G-wagen untuk Jimny yang kami paparkan sebelum ini, ini merupakan antara modifikasi yang paling dekat untuk mengubah Jimny anda menjadi sebuah G-wagen tanpa kit badan yang mengarut. 

Bak kata pepatah, tepuk dada, tanya selera!

Sumber: Facebook GTBoard.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…