Kit badan agresif untuk trak pikap Hilux dari penala Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Di Thailand, sebuah syarikat penala Rad kini menawarkan kit badan yang lebih agresif, serta naiktaraf sistem suspensi untuk model trak pikap Toyota Hilux Revo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kit badan Pathfinder itu terdiri daripada gril aftermarket, bampar off-road daripada logam, skup bonet, lampu LED bumbung, penambahan fender serta pintu tailgate yang lebih agresif bentuknya.
 

Rad


Untuk memastikan ia mampu menawan laluan off-road dengan lebih yakin, Rad mendatangkan naik taraf sistem suspensi Old Man Emu yang mampu menambah jarak kelegaan tanah sebanyak 51 mm, 102 mm atau 152 mm, dibantu dengan tayar mud-terrain dan rim serba baharu.

Untuk memudahkan urusan keluar masuk (maklumlah, trak dah tinggi), Rad turut menyediakan tempat pemijak sisi yang boleh dikeluarkan secara automatik.
 

Rad


Tiada sebarang penambahan kuasa dibuat, memandangkan Toyota Hilux Revo sudah pun didatangkan dengan enjin diesel 2.8 liter turbo yang mampu menghasilkan 201 hp dan 500 Nm - cukup untuk menawan apa jua bentuk muka bumi.

Harga jualan untuk kit badan itu tadi bermula dari $6,060 (RM25,328) sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Di Eropah, Ford baharu sahaja melancarkan varian terbaharu Ranger MS-RT dengan penampilan yang…