Kit AMG Aerodynamics Package Plus untuk Mercedes-AMG CLA 35, CLA 45

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG telah menawarkan sebuah lagi pakej aerodinamik yang bakal menjadikan penampilan sedan coupe AMG anda (CLA 35 dan CLA 45) lebih menyerlah di atas jalan raya.
Modenas

Dinamakan sebagai AMG Aerodynamics Package Plus, penawaran kit ini merangkumi pemasangan splitter hadapan yang berdimensi lebih besar, serta aksesori opsyen canard pada sisi bumper hadapan (dengan kemasan hitam berkilat).

Apa yang menarik perhatian adalah penawaran sayap belakang kekal yang turut didatangkan dengan kemasan warna hitam berkilat serta penambahan kemasan yang dipasang di bawah diffuser belakang.

 


Difahamkan, penawaran kit aerodinamik AMG ini berharga €1,487 (RM7,180) tidak termasuk sayap belakang, atau €2,737 (RM13,216) yang merangkumi sayap belakang.

Pemasangan kit ini walaubagaimanapun tidak melibatkan sebarang penambahan kuasa kepada enjin asal CLA 35 dan CLA 45.

Ini bermakna, enjin M260 2.0 liter turbo pada CLA 35 masih kekal menghasilkan 302 kuasa kuda dan 400 Nm, sementara enjin M139 2.0 liter turbo pada CLA 45 pula mampu menghamburkan 415 kuasa kuda dan 500 Nm untuk versi tertinggi.

 


Pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa sekitar 4.9 saat (CLA 35) dan 4 saat (CLA 45), terima kasih kepada penggunaan transmisi DCT tujuh kelajuan (CLA 35) atau lapan kelajuan (CLA 45) dengan sistem pacuan semua roda 4MATIC.

Untuk pasaran Malaysia, pihak Mercedes-Benz telah membawakan empat model AMG aras mula iaitu Mercedes-AMG A 35 Sedan, Mercedes-AMG A 35 Edition 1, Mercedes-AMG CLA 45 S dan Mercedes-AMG A 45 S Edition 1.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
EV AMG   Mercedes-AMG bakal menggunakan senibina Mercedes-EQ di dalam penghasilkan EV berprestasi…
Berita Global
Ini kerana sebelum ini penawaran gril ikonik AMG Panamericana tersebut tidak ditawarkan untuk model…
Model Terbaharu
Sebagai sebuah ahli keluarga baharu dalam siri Rocket, Brabus telah menala kembali enjin asal 4.0…