Kisah Warren Adams dan Datsun SSS coupé tahun 1977

oleh Muhammad Md Tajudin|
Buat pencinta kereta klasik apabila bertemu mata dengan model lama adalah suatu yang mengujakan. Setelah berjaya membaik pulih dan kembali kepada keadaan asal ia merupakan pencapaian manis dan besar.

Satu lagi perihal kereta klasik ialah dunia tanpa sempadan. Peminat dan pengumpul ada di mana saja dan hubungan boleh menjadi akrab merentasi negara.

Satu jenama yang menjadi perhatian peminat ialah Datsun. Sepanjang 90 tahun sejarahnya, Datsun telah mengeluarkan pelbagai model ikonik dan dikenang sehingga sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kisah Adams dan Datsun SSS coupé tahun 1977

 

Itu lah yang dihargai oleh Warren Adams, peminat Datsun daripada Paarl, Afrika Selatan. Menurut Adams, minat terhadap kereta dipengaruhi oleh ayah beliau yang merupakan seorang penebang pokok.

Dengan Adams di sebelah sewaktu memandu, ayah beliau akan menamakan pelbagai kereta yang berselisih dengan pikapnya.

Setelah sampai masa untuk memilih kereta pertama, Adams mendapatkan Datsun. Beliau sendiri belajar memandu menggunakan Datsun dan sudah jatuh hati pada jenama itu.

 

Kisah Adams dan Datsun SSS coupé tahun 1977

 

Satu kisah menarik berpuluh tahun dahulu apabila sebuah kereta berwarna oren berhenti di sebelah Adams semasa pulang dari sekolah. Apa yang mengejutkan ialah ayah beliau yang memandu kereta itu.

Ayah Adams memberitahu kereta itu ditukar dengan Datsun. Beliau sangat tidak berpuas hati dan ayahnya terpaksa menukar dan mendapatkan semula Datsun milik Adams.

Beliau meminati Datsun kerana sejarah, boleh diharap, kos dan alat ganti yang tersedia. Datsun juga sebuah nama yang popular di dunia.

Apabila mula bekerja, Adams memiliki dan menjual model popular Datsun dan Nissan seperti 140Z, 160Z dan Skyline.

 

Kisah Adams dan Datsun SSS coupé tahun 1977

 

Beberapa bulan yang lalu Adams menemui sebuah model rare SSS coupé tahun 1972. Pemiliknya menetap Grabouw dan kereta ditinggalkan di bawah bangsal di Paarl.

Adams bernasib baik apabila menemui kereta itu dan menghubungi pemilik dan seterusnya adalah sejarah.

Minat Adams terhadap Datsun nyata mendalam. Beliau pada awal September lalu membeli S10 1600 tahun 1969 dan membaik pulihnya.

Dalam misi mengumpul kereta legenda Datsun, ada sebuah model yang dicari Adams iaitu 240Z coupé. Ia adalah idaman Adams dan beliau tidak sabar untuk memilikinya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Nissan