Kisah Suprima S dan treler milik #PanjangTheJoki

oleh Afandi Che Muhamad|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bulan lalu Careta terserempak dengan sebuah Proton Suprima-S hijau lengkap dengan treler yang membawa sebuah motosikal Yamaha R6.

Kami kongsikan gambar tersebut dan ramai bersetuju, memang pasangan kedua kenderaan itu nampak hebat. Maka pencarian untuk pemiliknya bermula dan terima kasih kepada rakan kami Zul Yatt dari Honda Global Amity di Nilai, kami diperkenalkan dengan tuan punya Suprima tersebut.

 

Lelaki dimaksudkan ialah seorang eksekutif di Honda Global Amity Sdn. Bhd., Mohamed Zahid Latiff, 37, atau lebih dikenali sebagai Panjang 'The Joki'. Dan ya, Zahid memang tinggi melepasi 6 kaki! 

Pasti ramai tertanya-tanya apakah jenis transformasi yang dilakukan pelumba ini ya?

Untuk makluman, Zahid telah melakukan pengubahsuaian dengan mengaplikasikan penggunaan treler di bahagian belakang hatchback kesayangannya itu.

Treler tersebut berfungsi sebagai loader khas untuk membawa motosikal jenis Yamaha R6 yang dibelinya kira-kira enam tahun lalu ke mana-mana lokasi perlumbaan disertai.

 

treler 2

 

Idea pembinaan treler berkenaan tercetus selepas dia perlu berlumba dalam dua kategori berasingan, motosikal dan kereta.

Menurut bapa kepada tiga orang cahaya mata itu lagi, masalah mula timbul apabila dia dimaklumkan perlumbaan  pusingan MSF 2018 untuk motosikal dan kereta akan berlangsung pada hari yang sama di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Mengambil kira faktor penggunaan tenaga dan masa untuk berulang-alik dari satu lokasi ke satu lokasi lain, Zahid akur bahawa dia tidak mampu menyelesaikan semua itu (mengangkut kelengkapan perlumbaan selain motosikal) seorang diri tanpa bantuan treler.

 

treler 2

 

Justeru, graduan lulusan Diploma Kejuruteraan Automotif di Federal Institute of Technology (FIT) dekat Cheras, Kuala Lumpur ini memilih bengkel Drego 4x4 yang terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya untuk merealisasikan pemasangan treler berkenaan.

Zahid mendakwa bengkel tersebut bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pemasangan treler untuk kenderaan pacuan empat roda sebelum ini.

Jelasnya, dia terdetik untuk melakukan pemasangan di bengkel berkenaan selepas mengetahui kos pemasangan yang ditawarkan di bengkel berkenaan agak berpatutan - RM4,000.

 

 

Mengulas lanjut mengenai treler motosikal tersebut, Zahid memberitahu pembuatan treler itu dilakukan menggunakan besi lembut seperti aluminium yang tahan lasak selain mudah untuk dikendalikan.

"Kalau kita tengok, bahagian lantai treler itu kelihatan seakan-akan lantai bas mini.

"Sebenarnya, ia memang lantai bas mini," seloroh Zahid.

Tambah Zahid, komponen lampu keselamatan treler motosikal itu pula diambil daripada lampu lori.

 

Ketika ditanya bagaimana pemasangan treler itu dilakukan, Zahid menjelaskan 'hitch' (penyambung) treler motosikal itu disambungkan terus ke casis kereta menerusi ruang tengah di bahagian bawah kereta.

Tindakan tersebut mampu memberikan sokongan terus ke bahagian sub-frame kereta selain dikatakan lebih kukuh.

Apa yang menarik adalah komponen cangkuk tunda treler itu sengaja dicipta dengan kemudahan 'plug n play' (buka dan pasang semula) bersesuaian dengan kehendak Zahid.

 

Pun begitu, Zahid masih kurang berpuas hati dengan treler tersebut kerana menurutnya ia tidak 'mesra pergerakan'

Tuturnya, pergerakan treler tersebut kurang fleksibel terutamanya ketika membelok berikutan batang penyambung yang dipasangkan padanya pendek.

 

suprima green

 

Bukan itu sahaja, Zahid turut dihukum apabila keupayaan memecut keretanya juga terbatas sekitar 80 kilometer sejam (kmsj) ketika membawa muatan (treler) tersebut.

Bagi memperbaiki kekurangan tersebut, Zahid memberitahu dia akan menaik taraf batang penyambung kepada yang lebih panjang selain menggantikan rim 17 inci sedia ada kepada saiz sama seperti roda Proton Suprima S miliknya itu pada masa hadapan.

Terima kasih kepada Zahid dan selamat maju-jaya di dalam bidang motorsports beliau. Semoga terus menaiki podium bersama Yamaha R6 tajaan Petronas Sprinta itu!

 

 

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Global
Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…