Kisah sang anak tertinggal ibu 200 km di belakang

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mungkin kerana ingin cepat sampai ke destinasi, seorang anak secara tidak sengaja tertinggal ibunya di R&R Bukit Besi Sabtu lalu. 

Lelaki berusia 40 tahun itu dikatakan bersama isteri dan ibunya yang berusia 73 tahun sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Bukit Payong, Kuala Terengganu dan singgah di R&R tersebut untuk berhenti rehat.

Tidak disedari oleh kedua-dua suami isteri, ibunya secara senyap-senyap keluar dari kereta untuk ke tandas. 

Setibanya warga emas itu ke tempat parkir, beliau terkejut apabila kenderaan anaknya sudah pun tiada, dan kemudian meminta pertolongan daripada orang ramai. 

Secara kebetulan, terdapat pegawai JPJ yang sedang meronda mendengar aduan warga emas tersebut, dan kemudian mempelawanya untuk menghantar kembali ke Balai Polis Bukit Besi. 

Berdasarkan informasi yang diberikan oleh warga tua itu tadi, pihak polis berjaya menghubungi warisnya sebelum beliau dijemput oleh cucunya pada jam 12.30 tengah hari. 

Sementara itu, pasangan suami isteri tersebut hanya perasan 'kehilangan' ibunya setelah berjalan sejauh 196 km ketika berhenti rehat di R&R Gambang, berhampiran Kuantan. 

Warga emas itu tadi kemudian dihantar semula pulang ke rumah di Bukit Payong, sebelum pasangan suami isteri berpatah semula pulang untuk menjemput beliau. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, PLUS telah menambah baik laluan SmartLane bagi menampung peningkatan jumlah trafik pada…
Informasi
  "KTMB sudah pun menggunakan platform digital untuk penjualan tiket yang membolehkan orang ramai…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…