Kisah model konsep Toyota Supra A80 (generasi keempat) yang tidak dikeluarkan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Supra A80 Calty
Toyota Supra A80 Calty
Sejarah Toyota Supra bermula dari Celica Supra yang dikeluarkan pada 1978. Generasi terawal Supra tampil dengan gaya berpetak dan bersegi.

Bermula dari generasi keempat (A80) dan kini kelima (A90), Supra tampil dengan badan beralun seperti yang dilihat pada hari ini.

Model konsep Supra A90 iaitu FT-1 diilhamkan dari model kereta sport terdahulu seperti 2000GT, MR-2, model konsep FT-HS dan Supra sendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
CALTY Newport Beach

 

Walaupun berasal dari Jepun, tidak semua kereta Toyota direka di sana. Seawal 1973 lagi Toyota menubuhkan studio reka bentuk CALTY di El Segundo, California, Amerika Syarikat.

Studio itu merupakan wawasan Dr. Shoichiro Toyoda dan Eiji Toyoda dan CALTY sekarang ini beroperasi di dua lokasi iaitu Newport Beach, California dan Ann Arbor, Michigan.

Seperkara menarik, semasa awal dahulu CALTY tidak digemburkan bagi memberi identiti tersendiri dan idea segar kepada ibu pejabat reka bentuk Toyota di Jepun.

 

Toyota Celica 1978

 

CALTY bermula dengan Celica 1978 (Supra generasi pertama) dan yang terbaru Tacoma dan Camry dan di antara tempoh tersebut banyak model produksi dan konsep yang dihasilkan.

CALTY juga menghasilkan beberapa reka bentuk yang tidak dikeluarkan sebagai contoh model konsep Supra generasi keempat atau A80.

Pada masa itu CALTY mahu membawa Supra ke arah kereta sport sejati berbanding meneruskan karakter Grand Touring (GT) yang dipegang beberapa generasi terdahulu.

 

Toyota Supra A80

 

Model konsep Supra tampil dengan bonet panjang dan 'bonjolan' supaya dapat memuatkan enjin enam silinder sebaris.

CALTY turut membesarkan beberapa perkakasan seperti roda, enjin, spoiler belakang dan cagak cermin bagi meningkatkan lagi DNA Supra.

Di sebalik reka bentuk yang berbeza, model konsep itu tidak dihasilkan namun idea dan elemen dibawa ke model produksi Supra A80 yang diperkenal pada 1993.

 

Toyota Supra A80

 

Supra A80 hasil rekaan Isao Tsuzuki tampil dengan bonet panjang, badan beralun, spoiler tinggi dan satu perkara penting ialah dijadikan kereta sport yang lebih serius.

Sepanjang pengeluaran, Supra dibekalkan enjin 3.0 liter 2JZ-GE 16 tanpa turbo, 2JZ-GTE turbo berkembar dan 2JZ-GTE turbo berkembar dengan VVT-i.

Enjin tersebut mempunyai beberapa versi dan paling berkuasa ialah 2JZ-GTE turbo berkembar untuk pasaran Eropah dengan 325 kuasa kuda (hp) dan tork 441Nm.

 

Toyota GR Supra 45th Anniversary Edition 2024

 

Versi 2JZ-GTE VVT-i untuk Jepun juga tangkas dengan 451Nm namun kuasa kuda lebih rendah iaitu 276 hp.

Dikeluarkan pada Mei 1993, Supra A80 ditamatkan pada Ogos 2002. Model pengganti iaitu Supra A90 mengambil masa yang lama untuk diperkenalkan iaitu pada Januari 2019.

Walaupun berbelas tahun, Toyota mempertontonkan sebuah model konsep iaitu FT-HS pada 2007 lagi.

 

Toyota FT-1 Concept 2014

 

Perjalanan kereta sport Toyota memang panjang.

Toyota memohon tanda dagangan Supra pada 2010 dan pada 2014 mempamerkan model konsep FT-1 yang merupakan hasil rekaan CALTY.

Supra A90 yang berada di jalanan sekarang jelas membawa pengaruh FT-1 dan terima kasih juga pada model konsep A80 dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

CALTY Ann Arbor