Kisah Dyson dan projek EV yang mengakibatkan kerugian RM2.3 billion

oleh Mohamad Hanif|
Ketika syarikat yang lebih dikenali dengan produk pembersih dan penyedut hampagas itu memulakan projek kereta elektrik pada tahun 2014, tidak kurang yang memuji malah ada yang mengeji.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Manakan tidak, projek untuk menghasilkan sebuah kereta elektrik bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main, ia memerlukan pelaburan yang cukup besar.

Divisyen Dyson Automotive itu sendiri terdiri daripada 500 orang pekerja dengan jumlah komitmen pelaburan mencecah £2.5 billion (RM11.83 billion).

Hanya pada bulan Oktober tahun lalu, Dyson mengejutkan dunia dengan berita pemberhentian serta-merta projek EV tersebut kerana pengasasnya Sir James Dyson tidak nampak masa depan yang cerah.

Dalam satu temubual yang dijalankan oleh The Sunday Times, James Dyson mengesahkan bahawa EV pertama dengan kod nama N526 yang dibangunkan itu menyebabkan kerugian bernilai £2.5 juta (RM2.3 billion).

N526 merupakan sebuah SUV berkuasa elektrik yang memiliki jarak operasi sejauh 966 kilometer, dan motor elektrik berkuasa 536 hp dan 649 Nm daya kilas yang membenarkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat sahaja.

Dyson memberitahu The Sunday Times, "projek ini merupakan satu kegagalan dan kekecewaan yang besar pernah kami hadapi. Hidup ini tidaklah semudah yang diperkatakan.

Beliau menambah, "saya perlu mendatangkan keuntungan pada setiap unit yang dibina, atau ia bakal merosakkan syarikat secara keseluruhan. Pada akhirnya, ia menjadi terlalu berisiko.

"Apabila syarikat lain mula menghasilkan kenderaan elektrik dalam keadaan kerugian, ia menjadi satu langkah yang terlalu berisiko buat kami.

Sumber: The Sunday Times

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jim Rowan yang merupakan bekas CEO Dyson antara tahun 2017 hingga 2020 itu sebelum ini turut…
Berita Global
Menurut James Dyson, walaupun dengan teknologi dan rekaan yang lebih maju berbanding EV sedia ada,…
Berita Global
Hasrat Dyson untuk menggunakan fasiliti produksi Honda di Swindon, UK untuk pemasangan kereta…