KIP kembali berentap di kelas Moto3 musim hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Khairul Idham Pawi kekal berlumba bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing tetapi diturunkan pangkat ke kategori Moto3 bagi saingan Kejuaraan Motosikal Dunia musim depan, umum pasukan dari Malaysia itu, hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba yang dikenali sebagai Super KIP itu meraih memori indah pada penampilan sulungnya di Moto3 pada 2016 apabila meraih dua kemenangan dan mendapat gelaran Raja Litar Basah.

Begitupun, sejak dinaikkan pangkat ke Moto2 pada musim berikutnya, prestasi pelumba kelahiran Perak itu tidak begitu menjadi sebelum menyertai PETRONAS Sprinta Racing pada musim ini tetapi dibelenggu masalah kecederaan.

“Saya bersyukur untuk kekal bersama pasukan untuk setahun lagi kerana kami seperti satu keluarga yang besar. Saya memberitahu mereka yang saya mahu kembali ke Moto3 dan mereka memberikan saya peluang yang hebat,” kata pelumba berusia 21 tahun itu.

“Ia sesuatu yang saya benar-benar mahukan kerana pada 2016, saya hanya berpeluang beraksi setahun dalam kejuaraan berkenaan dan saya fikir masih banyak yang perlu saya belajar.

“Berlumba bersama pelumba berpengalaman seperti John (McPhee) akan memberikan saya manfaat. Proses pemulihan saya mengambil masa yang lama dan ia mengecewakan. Tiada apa yang saya boleh lakukan selain terus berusaha.”

Prinsipal pasukan, Datuk Razlan Razali berkata keputusan untuk menyenaraikan Super KIP di perlumbaan Moto3 sudah dibincangkan secara mendalam.

“Kami memutuskan keputusan terbaik adalah memastikan Khairul Idham memperoleh rawatan yang terbaik untuk kecederaan tangannya. Dengan kembali ke Moto3 tahun depan, dia akan berada dalam situasi di mana dia pernah berada di kedudukan tiga terbaik dan kami menyasarkan keputusan yang baik.”

Khairul Idham terpaksa melupakan keseluruhan musim ini selepas terpaksa mengharungi pembedahan ketiga, semalam susulan kecederaan jari yang serius ketika perlumbaan di Jerez pada Mei lalu.

Perkembangan terbaharu ini juga bermakna seorang lagi pelumba negara Adam Norrodin akan meneruskan tugasnya sebagai pelumba program pembangunan.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…