KINTO tawar program pandu uji AE86 BEV Concept eksklusif di Jepun, RM637 untuk tempoh 3 jam

oleh Mohamad Hanif|
KINTO mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2019 oleh Toyota Motor Corporation di mana ia menawarkan perkhidmatan langganan kereta sebagai alternatif kepada program pemilikan sewa beli sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak terhad kepada kereta-kereta moden, KINTO turut mempunyai program khas Vintage Club by KINTO yang menawarkan barisan kereta-kereta klasik untuk disewa.

Antaranya ialah Toyota Corolla Levin TE27, Toyota Soarer Z10, Toyota Supra Turbo A70 dan Toyota Celica Liftback.
 

BEV


Terbaharu, anda juga boleh menyewa sebuah kereta klasik istimewa yang dihasilkan oleh Toyota, iaitu Corolla Levin AE86 BEV Concept!

Program khas ini akan diadakan bermula 13 Mac hingga 24 April 2024 bertempat di Toyota City (Aichi Prefecture) dengan kadar bayaran 20,000 yen (RM637) untuk tempoh tiga jam.

Menurut laporan Car Watch, permohonan untuk slot sewaan khas ini telah pun dibuka bermula 13 Februari hingga 26 Februari di mana peserta yang terpilih akan diumumkan pada 1 Mac ini.
 

BEV


Toyota AE86 BEV Concept ini merupakan sebahagian daripada projek AE86 Carbon Neutral yang diumumkan pada tahun lepas.

Selain menggunakan casis asal AE86 Levin, AE86 BEV Concept ini turut menampilkan kombinasi motor elektrik daripada model Tundra HEV, bateri Prius HEV, serta teknologi elektrifikasi daripada Lexus.

 


Paling penting, ia bukan sahaja mengekalkan konfigurasi pacuan roda belakang dan keseimbangan berat badan, AE86 BEV Concept ini turut dilengkapi dengan kotak gear manual!

Aksi pemanduan lasak AE86 H2 dan BEV Concept anda boleh tonton pada pautan video YouTube di atas.

Baca: Toyota AE86 H2 dan AE86 BEV Concept
Baca: Video disebalik tabir pembangunan AE86 Carbon Neutral Project

Sumber: Car Watch JP