KINTO ONE: Solusi mobiliti berasaskan langganan dari Toyota Capital Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Program solusi mobiliti berasaskan langganan KINTO ONE akhirnya ditawarkan secara rasmi di pasaran Malaysia oleh Toyota Capital Malaysia sebagai pilihan terbaharu buat para pelanggan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

KINTO ONE mengambil nama daripada perkataan Jepun kinto-un (flying nimbus, awan terbang) sebagai sebuah imej masa hadapan mobiliti, nama KINTO itu sendiri adalah sejajar dengan semangat untuk menyediakan perkhidmatan pantas apabila diperlukan dan dalam masa yang sama lebih mesra alam.

KINTO ONE merupakan pelan langganan kenderaan dengan bayaran ansuran bulanan yang merangkumi kos pendaftaran kenderaan, insurans komprehensif tahunan, cukai jalan, penyelenggaraan berjadual serta penyelenggaraan pencegahan.

 


Toyota Capital Malaysia menetapkan tempoh langganan dua atau tiga tahun sahaja, dan pelanggan perlu memulangkan kembali kenderaan terbabit kepada Toyota Malayia tanpa perlu risau akan kesusutan nilai semasa.

Menurut Presiden Toyota Capital Malaysia, Thomas Chai menjelaskan, "KINTO ONE merupakan hasil kerjasama stratefik antara Toyota Capital Malaysia dan UMW Toyota Motor, dan direka secara khusus untuk memenuhi gaya hidup generasi baharu berkaitan mobiliti.

Tambah beliau, KINTO ONE juga disasarkan kepada syarikat yang ingin meringankan beban aset mereka dan dalam masa yang sama mementingkan keboleh-fungsian mobiliti.

 


Program solusi KINTO ONE ini boleh didapati secara eksklusif bermula 18 Januari menerusi laman web www.kinto-my.com dan pelanggan boleh mendapatkan model semasa yang ditawarkan termasuklah Vios, Yaris, Corolla, Innova, Fortuner, Camry, serta model-model daripada jenama mewah Lexus.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Presidennya, Thomas Chai, berkata Kinto One merupakan hasil daripada kerjasama strategik antara…