Kini Nio pula mahu ke sini!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nio, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China telah mengumumkan hasratnya untuk membina kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) bagi persediaan mereka untuk masuk ke pasaran UK dan Asia Tenggara.

Menurut Presiden untuk Nio, Qin Lihong, pelan perancangan tersebut akan berlangsung seawal bulan Oktober ini dengan penghasilan varian RHD untuk model kompak Firefly dan Onvo.

Lihong berkata pasaran RHD ialah satu pasaran yang boleh dikatakan besar dan Nio akan bersedia untuk membina produk yang bersesuaian.

Nio mempunyai tiga jenama - Nio, Firefly dan Onvo.

Firefly disasarkan kepada pasaran EV kompak mewah seperti Mini dan Smart dan mempunyai jarak gerak sejauh 420 km (CLTC).

Firefly juga dilengkapi dengan teknologi "battery-swapping" oleh Nio di mana ia memungkinkan penukaran bateri dalam tempoh tiga minit.

 

Onvo pula ialah dari genre SUV dan model yang popular untuk Nio ialah Onvo ET9 yang mempunyai bateri sebesar 120 kWh dan menggunakan sistem gantungan penuh hidraulik.

Ia juga mempunyai kebolehan penukaran bateri sepantas Nio.

Pasaran RHD atau pemanduan sebelah kanan sebenarnya cuma antara 10 ke 15 peratus dari jualan global kenderaan. 

Jelas tujuan sebenar Nio untuk masuk ke pasaran RHD ialah kerana ia juga mahu bertapak di pasaran itu seperti Xpeng dan Geely, termasuk Zeekr.

Syarikat-syarikat automotif dari China memang sangat kompetitif dan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat pegangan pasaran.

Masalahnya ialah bila berlaku peperangan harga, pihak vendor akan dipaksa untuk menurunkan harga dan mereka yang gagal akan digugurkan.

Selepas beberapa tahun, vendor tidak akan lagi membuat komponen yang sama dan apa yang boleh berlaku ialah kekurangan alatganti.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perjalanan Sedekad NIO Dalam Industri EV Diasaskan pada penghujung 2014, NIO membina keupayaan…
Berita Global
Firefly RHD ini akan dipamerkan kepada umum di acara automotif Singapura, dan menurut pengasas…
Berita Global
Menurut laporan South China Morning Post, pembuat EV dari kota Shanghai, Nio telah membina sebanyak…