Kini anda boleh sewa skuter elektrik di KL

oleh HEZERI SAMSURI|

Jika anda berada di kawasan parkir Bukit Bintang, Lot 10 Mall dan Mont Kiara, anda tidak perlu lagi berpeluh berjalan kaki atau memasamkan ketiak dengan mengayuh basikal kerana kini, anda sudah boleh menyewa skuter elektrik!

Beam, sebuah syarikat perkhidmatan "personal mobility" e-skuter dari Singapura sudah memulakan operasi cawangan Malaysia mereka di kawasan-kawasan yang disebutkan di atas tadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
beam 1

 

Menurut Naib President Hal Korporat Beam, Chirstopher Hilton, kawasan-kawasan tersebut dipilih berdasarkan trafik pejalan kaki yang tinggi, laluan pejalan kaki yang lebar dan jarak ke stesen kenderaan awam.

"Penyewa e-skuter kami tidak perlu memulangkan skuter itu ke tempat-tempat khas kerana kami percaya lebih mudah untuk mereka tinggalkan di mana mereka perlu berhenti," ujarnya.

Ada lebih kurang 200 e-skuter yang disediakan untuk operasi pertama mereka di Malaysia ini.

Untuk menggunakannya, pelanggan perlu memuat0turun aplikasi ke telefon pintar mereka. Kemudian, mereka perlu membuka Bluetooth dan data mobil dan masukkan info kad debit/kredit. 

Pelanggan turut menerima insuran am dan peribadi ketika menggunakan e-skuter itu.

 

 

Caj pertama ialah RM2.50 dan tambahan 30 sen untuk setiap minit. Kelajuan e-skuter itu dibataskan kepada 20 kmsj dan helmet tidak perlu digunakan (walaupun Beam berkata lebih baik sekiranya ia dipakai).

Beam menggunakan rangkaian teknologi IoT (Internet of Things) dan telefon pintar pengguna itu untuk menjejak skuter-skuter mereka.

Walaupun penyewa boleh meninggalkan skuter itu di mana-mana, tetapi ia tidak boleh keluar dari kawasan yang telah ditetapkan oleh Beam.

Sekiranya ia berlaku, pengguna akan diberi amaran melalui aplikasi telefon pintar mereka dan jika masih berdegil, caj RM5.00 akan dikenakan untuk skuter yang ditinggalkan di luar kawasan "geofence" itu.

Sebuah e-skuter itu mampu bergerak sejauh 45 ke 50 km atau empat ke lima perjalanan (trip) sebelum ia perlu dicaj.

Hilton berkata semua skuter-skuter itu akan diperiksa oleh marsyal keselamatan Beam dan ia akan diservis setiap 300 perjalanan.

Beam sebenarnya telah diam-diam memulakan operasi mereka beberapa bulan yang lalu dan setakat ini, perkhidmatan itu telah memberikan 15,000 perjalanan sementara aplikasi itu sudah dimuat turun sebanyak 10,000 kali.

Beam sedang berusaha untuk mencari kawasan parkir kenderan yang lain untuk menawarkan perkhidmatan ini dan ia juga sedang berbincang dengan DBKL untuk meluaskan lagi perkhidmatan ini.

Syarikat itu juga akan bertemu dengan pihak berkuasa untuk berbincang mengenai cara-cara mengendalikan kes kecurian skuter, jika ia berlaku.

* Imej-imej dari Soya Cincau

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selaras dengan visinya untuk mengurangkan pelepasan karbon dan aliran trafik di Malaysia,…
Berita Domestik
Tinggal beberapa minggu sebelum 2022 melabuhkan tirainya, pembekal perkhidmatan mobiliti mikro,…
Berita Domestik
Bermula 27 Ogos hingga 16 September, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini dengan…