Berita yang aneh ini datangnya dari Ford, di mana mereka mahu membuktikan tahap versatiliti SUV elektrik Ford Mustang Mach-E dengan satu perbuatan yang cukup aneh - menikmati jamuan terus daripada trunk hadapan a.k.a frunk Ford Mustang Mach-E.
Dengan hanya meletakkan ais, frunk Ford Mustang Mach-E anda boleh bertindak sebagai sebuah kotak penyejuk yang biasa dibawa ketika aktiviti luar dan lebihan air tersebut boleh disalur keluar menerusi saluran khas di bahagian bawah komponen tersebut.
Menurut Ford, frunk tersebut memiliki dimensi sebesar 28 liter yang mana ia cukup untuk memuatkan makanan sejuk seperti minuman keras, minuman ringan, salad, atau makanan sejuk beku sebelum aktiviti BBQ di malam hari.