Kincir angin pada Honda CB4 Interceptor?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sewaktu pameran EICMA bulan lalu di Milan, Itali, Honda mengusung keluar jentera konsep CB4 Interceptor yang memang menyebabkan ramai penggila jenama Honda berpusu-pusu untuk melihatnya.

Gabungan nama dua model popular Honda, CB400 dan VFR Interceptor, konsep ini lebih kelihatan seperti sebuah cafe racer ultra modern, dan tidak terkejut untuk mengetahui bahawa ia dibina di atas platform CB1000R.

Sahihnya ia memang sebuah konsep dan jauh dari model untuk produksi. Ini dapat kita lihat sendiri dari ciri-ciri yang memang hanya wujud untuk sebuah show-bike.

 

Namun begitu, selain dari lampu-lampu LED, paip ekzos yang terlalu agresif, ketiadaan mudguard dan juga cermin sisi, satu faktor yang benar-benar membuatkan konsep CB4 Interceptor ini lain dari yang lain ialah sistem kincir angin yang dibina dalam lampu hadapan.

Lampu hadapan berbentuk cincin itu rupanya mempunyai sebuah kinci atau kipas, yang dipusingkan oleh angin bila motosikal ini bergerak.

 

Ia kemudian memusingkan sebuah dynamo untuk memberikan tenaga elektrik bagi sistem paparan meter CB4 Interceptor itu.

Oleh kerana ia sebuah konsep, maka segala logik boleh dihumban ke laut kerana jika kincir tidak berpusing, bagaimana pula meter paparan hendak hidup?

Apa pun, ia memang sesuatu yang unik dan mampu membuat ramai berkata Phooowaaaaaar.

Dan untuk objektif sebuah kenderaan konsep, respon sebegitu sudah lebih dari mencukupi.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…