Kimera Automobili bakal bikin Lancia 037 versi moden - RWD, 550 hp, berat cuma 950 kg!

oleh Mohamad Hanif|
Lancia 037 merupakan jentera rali pacuan dua roda yang digunakan oleh Lancia untuk bertempur di dalam Group B dan ia juga merupakan jentera 2WD yang terakhir memenangi gelaran di World Rally Championship.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Itu merupakan cerita era 80-an di mana penulis sendiri belum sempat dilahirkan, namun jentera itu dikatakan bakal dijelmakan semula dalam versi yang lebih moden, akan tetapi mengekalkan bentuk dan elemen kejuruteraan yang terdapat pada model asal.

 


Sebuah syarikat bernama Kimera Automobili baru-baru ini mengumumkan perancangan untuk menawarkan sebuah supercar yang memberikan penghormatan kepada model asal Lancia 037.

Kimera Automobili merupakan sebuah syarikat restorasi yang memiliki kepakaran di dalam mengembalikan semula kondisi kereta-kereta rali vintaj Itali, seperti Lancia Stratos, Lancia Delta serta Lancia 037.

 


Namun yang pastinya, 'Lancia 037' moden atau nama rasminya Kimera EVO37 itu merupakan sebuah kenderaan baharu, dan pihak Kimera telah menyenaraikan barisan jurutera yang sebelum ini pernah terlibat di dalam pembangunan model asal untuk membangunkan reinkarnasi moden Lancia 037.

Salah satu individu yang disenaraikan adalah Claudio Lombardi, jurutera di sebalik enjin empat silinder sebaris dengan unit pengecas turbo dan pengecas lampau Lancia.

 


Dengan bantuan Lombardi, Kimera EVO37 itu akan menggunakan layout yang serupa, namun enjin 2.0 liter itu akan mengikuti spesifikasi emisi moden, dengan angka output sekitar 550 kuasa kuda dan pengecas lampau yang menggunakan tenaga elektrik.

Enjin baharu ini akan dipadankan dengan transmisi manual atau sekuential, dan dengan berat badan sekitar 950 kg sahaja, 'Lancia 037' moden ini sudah pasti bakal menawarkan pemanduan yang mengujakan.

 


Namun, Kimera Automobili hanya akan membina sebanyak 37 unit sahaja EVO37 dengan harga jualan bermula dari 500,000 euro (RM2.47 juta).

Kimera 037 akan didedahkan secara rasmi pada 22 Mei ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarat homologasi yang telah ditetapkan pada ketika itu juga membolehkan Lancia menawarkan jentera…