Kim Jong Un jadikan sebuah kereta sebagai tandas bergerak rasmi beliau

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden Korea Utara nampaknya benar-benar mahu menjaga keselamatan beliau.

Umum mengetahui Kim tidak akan menggunakan kapal terbang atau sebarang pengangkutan udara (beliau menggunakan keretapi semasa sesi melawat Beijing dahulu).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ramai yang tidak tahu bahawa di dalam konvoi kenderaan pengiring Kim, akan ada sebuah kenderaan yang menjadi kenderaan tandas bergerak beliau.

Menurut sebuah penerbitan di Seoul, Daily NK, salah sebuah kenderaan di dalam konvoi Kim akan menjadi kenderaan tandas.

Kim dikatakan sangat mementingkan keselamatan beliau dan kerana itu Kim tidak akan menggunakan tandas awam.

Satu lagi sebab ialah najis Kim dikumpul dan dikaji untuk mengetahui keadaan kesihatan semasa pemimpin diktator tersebut.

Menariknya, tidak ada seorang pun yang berjaya menjumpai kenderaan tandas itu di dalam konvoi-konvoi Kim yang lebih kepada kenderaan jenama Mercedes-Benz.