Kilang Tan Chong - Subaru di Thailand - kenapa bukan Malaysia?

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk yang tidak tahu, Subaru bukanlah sebuah syarikat automotif yang agresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Benar, ia mempunyai model-model legenda seperti Impreza WRX, Legacy, Forester dan lain-lain tetapi dari segi komersil, Subaru tidak begitu mahu untuk garang di dalam pasaran.

Sebagai contoh, ia tidak mahu bertanding secara global di dalam segmen A dan B.

 

 

"Subaru akan kekal dengan enjin boxer dan sistem 4WD Asymmetric, dua ciri-ciri yang tidak sesuai untuk segmen A dan B yang lebih mementingkan harga-harga kompetitif," terang Tomohiro Ishitobi, Pengurus Besar Kanan, Jualan dan Pemasaran Luar Negara Bahagian 2, Subaru (gambar atas).

Ishitobi juga berkata alasan yang sama juga menjadi sebab kenapa Subaru tidak berminat untuk membuat sedan lazim seperti Toyota Vios atau Honda City.

 

 

Subaru juga tidak begitu aktif untuk membuat pengeluaran di luar negara. Buat masa sekarang, Subaru hanya mempunyai tiga buah kilang besar - di Jepun, di US (pasaran terbesar jenama itu) dan sekarang, sebuah kilang di Bangkok, hasil usahasama dengan Tan Chong International.

Namun begitu, persoalan mula timbul kenapa Tan Chong International, syarikat induk untuk Motor Image yang menjadi pengimport dan pengedar tunggal Subaru untuk sembilan negara di Asia Pasifik, memilih Thailand untuk membina kilang ketiga terbesar Subaru di seluruh dunia.

 

 

Untuk menjawab soalan itu, Glen Tann, Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Tan Chong International Ltd (gambar atas) duduk bersama Careta untuk berkongsi sebab-sebabnya.

1. Malaysia sudah ada hab untuk Subaru XV

  • Motor Image sudah pun menggunakan kilang Tan Chong Motor Assemblies di Segambut untuk membina XV bagi pasaran-pasaran besar di Asean.
  • "Kilang di Segambut sudah boleh memasang sebanyak 600 unit sebulan untuk jualan di dalam Malaysia dan di eksport ke Thailand dan lain-lain negara," terang Glenn.
  • "Kilang di Bangkok ini akan hanya memasang model Forester."
  • Bila ditanya adakah pemasangan XV akan kekal di Malaysia, Glenn berkata buat masa sekarang, jumlah permintaan XV tidak mencukupi untuk beliau menambah syif kerja di kilang TCSAT (Tan Chong Subaru Automotive Thailand) di Bangkok. 
  • "Saya jangka XV akan terus dipasang di Malaysia untuk empat tahun lagi atau sehingga XV generasi baharu dilancarkan," katanya.

 

 

2. Tan Chong sudah ada kilang Nissan di Malaysia

  • Kumpulan Tan Chong juga menjadi pengedar Nissan di Malaysia, Singapura dan beberapa negara lain.
  • "Tidak manis untuk kami membina kilang besar Subaru di Malaysia sedangkan kumpulan Tan Chong sudah lama memasang kenderaan Nissan di sana (Segambut dan Serendah). Kami perlu hormat kepada mereka," Glenn berkata.
  • Beliau juga berkata perjanjian perniagaan sekarang di mana Motor Image menggunakan perkhidmatan Tan Chong untuk memasang XV di Segambut sudah memadai dan imbangan perniagaan itu tidak perlu diubah.

* Gambar kilang Tan Chong Assemblies Serendah dari Paul Tan.org

 

 

3. Tapak kilang sudah lama dimiliki oleh Kumpulan Tan Chong

  • Tanah tapak kilang TCSAT di Bangkok yang baharu dilancarkan ini sebenarnya dibina di atas tanah milik Kumpulan Tan Chong.
  • "Sebelum ini, kawasan ini digunakan oleh kami untuk pembuatan trak Fuso, Foton dan bas MAN," ujar Glenn.
  • "Ini memudahkan kami untuk membuat keputusan yang lebih kukuh untuk membinanya di Thailand."

 

 

Glenn juga mengaku syarikat beliau menerima insentif dari kerajaan Thailand. Antaranya ialah tapak kilang berada di dalam zon bebas cukai untuk industri di mana mesin pemasangan dan jentera yang digunakan dikecualikan dari cukai.

"Subaru juga mendapat insentif cukai jika hendak menjual model-model yang dipasang di kilang ini bagi pasaran domestik," katanya.

"Ia juga mempunyai proses pengambilan pekerja mahir luar yang lebih ringkas," Glenn mengakhiri sesi perbualan kami.

Forester yang dipasang di Thailand akan dieksport ke Malaysia, Kemboja dan Vietnam.

Subaru telah melancarkan Forester di Thailand baru-baru ini dan sudah mendapat jumlah tempahan yang menggalakan. Harga permulaan Forester di Thailand ialah RM171,600.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…