Kilang Swindon tutup, Honda pindahkan sebahagian produksi UK ke Jepun bermula 2021

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan keputusan untuk menutup operasi kilang pemasangan kenderaan di Swindon, Honda bakal memindahkan sebahagian daripada produksi UK ke kilang Yorii, Jepun bermula tahun hadapan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini bermakna, produksi Honda Civic yang selama ini mengambil tempat di kilang Swindon itu bakal beralih ke Jepun, menurut laporan daripada Asian Nikkei Review.

Keputusan itu dibuat memandangkan Jepun bakal menurunkan tarif ke atas kenderaan sehingga sifar menjelang tahun 2026.

Tarif terkini yang dikenakan ke atas kenderaan yang memasuki EU dari Jepun adalah sekitar 7.5 peratus, namun melihatkan kepada keputusan UK untuk keluar dari blok Eropah angka tersebut bakal meningkat kepada 10 peratus sekiranya tiada apa-apa tindakan diambil.

Sepanjang tempoh tahun lalu, 11 peratus daripada jumlah keseluruhan kilang Swindon adalah untuk pasaran UK, 6 peratus dieksport kembali ke Jepun manakala hampir 70 peratus dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Selain daripada sifar tarif yang menjadi punca kilang Yorii dipilih, Honda juga turut mensasarkan untuk meningkatkan kadar operasi kilang sedia ada di Jepun.


Sumber: Asian Nikkei Review

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini sekaligus memadamkan spekulasi terdahulu di mana terdapat ura-ura Honda akan memasang model hot…
Model Terbaharu
Dan sudah pasti, Malaysia bukan salah satu daripada pasaran tersebut melainkan sekiranya pihak…
Berita Global
Menurut laporan daripada CarAdvice, Honda Australia mengesahkan bahawa tempahan bagi Honda Civic…