Kilang Subaru Thailand hasilkan 6,000 Forester setahun

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Subaru mengembangkan sayapnya ke Thailand kali ini menerusi rakan perniagaan mereka, Motor Image dengan pembukaan kilang pemasangan (CKD) di Kawasan Perindustrian Ladkrabang, Bangkok.

Kilang yang dibina di atas kawasan seluas 100,000 meter persegi dimiliki oleh Tan Chong International Limited (74.9 peratus) sementara bakinya dipegang oleh Subaru Jepun.

Jumlah pelaburan untuk pembinaan kilang TCSAT (Tan Chong Subaru Automotive Thailand) ini bernilai RM645 juta. 

Seramai 400 pekerja tempatan digunakan, disamping pegawai-pegawai kejuruteraan dan pengurusan dari Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Kilang yang siap dalam masa dua tahun setengah ini mampu menghasilkan 6,000 unit Forester untuk dijual di pasaran Thailand dan juga dieksport ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja.

Careta yang berada di Bangkok akan memberikan laporan lebih lanjut berkaitan kilang baharu ini kelak .

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Global
  Terbaru Subaru mengumumkan Solterra 2024 untuk pasaran Amerika Syarikat dengan beberapa naik…
Berita Global
  Lebih berani, WRX menggunakan kotak gear CVT atau dipanggil Subaru Performance Transmission (…