Kilang Porsche Malaysia - proses penyediaan kilang sudah bermula

oleh HEZERI SAMSURI|
Anak syarikat Sime Darby, Inokom nampaknya sudah memulakan proses menyiapkan bangunan dan kelengkapan bagi kilang pemasangan Porsche di Kulim, Kedah.

Menurut sumber Careta, kilang pertama Porsche di luar negara Jerman itu akan menggunakan kilang lama Bermaz (Mazda) di kompleks kilang pemasangan kenderaan Inokom.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

"Bermaz telah berpindah ke bangunan baharu dan bangunan lama itu sedang diubahsuai untuk menjadi pusat pemasangan Porsche."

Careta juga diberitahu proses pemasangan alat-alat dan kelengkapan sedang giat dilakukan dan ia dijangka mampu beroperasi sepenuhnya dalam tahun 2022.

Tidak seperti BMW yang juga memasang kenderaan mereka di situ, unit pemasangan Porsche ini tidak akan bersambung dengan kilang pemasangan utama.

"Operasi Porsche tidak akan berkongsi fasiliti dengan mana-mana projek lain," terang sumber Careta.

Seorang lagi sumber industri memberitahu bahawa operasi Porsche akan sama seperti BMW, di mana komponen-komponen utama sudah yang datang sudah siap dipasang dan kepingan komponen badan kereta sudah pun tercat dari negara pengeluar.

"Cuma pemasangan minimal diperlukan," sambungnya.

Proses pemasangan "SKD" adalah terma tidak rasmi yang digunakan oleh pemain industri untuk proses-proses CKD yang menggunakan komponen dan tenaga tempatan yang paling minimum.

Namun begitu, kadar insentif yang diterima juga tidak akan menjadi setinggi mereka yang menggunakan komponen dan tenaga tempatan yang tinggi.

Laporan Wapcar pula berkata model pertama yang akan dipasang di Malaysia ialah SUV mewah Cayenne, yang sekarang ini dijual dengan harga bermula dari RM680,000.

Porsche juga menimbang untuk memasang model EV mereka, Taycan di Kulim sekiranya insentif yang diberikan oleh kerajaan cukup untuk menarik perhatian mereka.

Apapun, kehadiran Porsche di Malaysia diharapkan akan menarik perhatian pelabur-pelabur lain, khususnya dalam industri kenderaan elektrik.

Minggu lalu, Careta melaporkan bahawa sebuah syarikat bateri EV dari Korea sudah mengumumkan akan membina kilang di Sabah dengan pelaburan sebanyak RM2.3 billion.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Insiden ini berlaku pada Jun 2023, apabila pemilik kereta berkenaan mengisi minyak di stesen…
Berita Global
  Casis kereta dinilai, dibersihkan dan disediakan dengan teliti untuk memastikan ia dalam…
Berita Global
Pekerja terbabit, yang dikenali sebagai Song, merupakan satu-satunya kakitangan yang bertugas pada…