Kilang pembekal cip Bosch di Muar tutup, jejas pengeluaran Nio dan Tesla di China

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu pembekal komponen automotif kepada syarikat Tesla, Bosch mengumumkan kilang penghasilan cip semikonduktor milik pembekalnya di Muar dihentikan sementara operasinya akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penutupan sementara kilang yang khusus menghasilkan cip Program Kestabilan Elektronik (ESP), Brek Kuasa Bersepadu (IPB), Unit Kawalan Kenderaan (VCU) dan Unit Kawalan Transmisi (TCU) ini dikatakan memberikan kesan kepada syarikat pengeluar automotif seperti Nio dan Tesla.

Bosch merupakan pembekal komponen automotif yang terpenting di dalam industri automotif di mana ia turut membekalkan cip dan komponen automotif kepada syarikat di China seperti Changan, FAW-Volkswagen dan BMW Brilliance. Bosch tidak mempunyai kilang di Malaysia tetapi ia mempunyai beberapa vendor utama yang membekalkan jenama itu dengan komponen-komponen yang diperlukan menurut piawaian dan standard kualiti Bosch yang tinggi.

Difahamkan, terdapat 50 syarikat semikonduktor global memiliki kilang tersendiri di sini, seperti contoh Qualcomm, Micron, STMicro dan Infineon.

Menurut Wang Shoutai, pengerusi Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia mengesahkan sesetengah daripada kilang yang mempunyai kadar jangkitan pekerja yang tinggi telah pun ditutup.

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, dalam satu perkembangan terbaharu, pengeluar automotif Jerman itu menjangkakan krisis…
Berita Global
Masalah tersebut berpunca daripada gangguan bekalan yang disebabkan oleh serangan Russia ke atas…
Berita Global
Ini kerana eksekutif Kumpulan Volkswagen mendakwa, mereka tidak menjangkakan masalah tersebut akan…