Kilang pemasangan Honda Clarity di Jepun ditutup, model Legend dan Odyssey turut terjejas!

oleh Mohamad Hanif|
Honda diberitakan akan menghentikan produksi bagi model Clarity FCEV dan Clarity PHEV menjelang Ogos 2021, menurut laporan daripada Nikkei.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini disusuli dengan penutupan lokasi kilang pemasangan bagi model-model tersebut di Sayama menjelang Mac 2022, dan ia akan memberikan kesan kepada model lain yang turut sama dipasang di situ seperti Honda Odyssey dan juga Honda Legend.

 


Menurut pakar analisis dari Inside EVs, terdapat kurang daripada 1,000 kenderaan sel bahan api yang dijual di Amerika Syarikat untuk tahun 2020, di mana angka tersebut menurun dari 2,089 pada tahun 2019.

Dalam tempoh sembilan tahun, jumlah jualan keseluruhan bagi kenderaan bertenaga hidrogen hanyalah sekitar 8,931 unit sahaja.

Tidak seperti model elektrik, kenderaan sel bahan api sukar untuk mendapat tempat memandangkan masih lagi kurang terdapat fasiliti pengisian bahan api tersebut, dan adalah tidak menghairankan apabila permintaan terhadap model FCEV semakin menurun.

 


Di Amerika Syarikat, Honda telah pun menamatkan penjualan model Clarity Electric pada tahun lalu.

Kesemua tiga varian Clarity telah terjual sebanyak 11,654 unit pada tahun 2019 dan angka tersebut menurun kepada 4,215 unit sahaja untuk tahun lalu.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…
Berita Domestik
Untuk pasaran Malaysia, kumpulan itu sekarang diwakili oleh Peugeot sahaja dan bulan November lalu…
Berita Global
Kilang tersebut mempunyai kapasiti untuk memasang sebanyak 20,000 unit EV setahun dan ia akan…