Kilang pemasangan AE86, Century kini ditutup buat selamanya!

oleh Mohamad Hanif|
Pada 7 Disember yang lalu, Toyota telah mengadakan upacara penutupan fasiliti Higashi Fuji yang berusia 53 tahun dan pernah digunakan untuk memasang model-model ikonik Toyota seperti Sports 800, Mark II, AE86 dan Century.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terletak berdekatan dengan Gunung Fuji, fasiliti Higashi Fuji memiliki keluasan sekitar 1.42 juta kaki persegi yang dibina oleh Kanto Auto Works, salah satu syarikat subsidiari Toyota.

Pada mulanya, ia memulakan riwayat sebagai tempat pemasangan kereta berskala kecil untuk Toyota sebelum pegangannya dibeli oleh gergasi automotif Jepun itu dan bertukar menjadi sebuah kilang pemasangan berskala besar pada tahun 1954.

Fasiliti Higashi Fuji itu mula beroperasi pada Mei 1967 yang digunakan untuk memasang kereta Sports 800 sebelum barisan kedua dibuka untuk memasang Toyota Century, dan kedua-dua model ini masih lagi dipasang menggunakan tenaga tangan.

 


Beberapa model lain yang dipasang di kilang ini termasuklah Corona Mark II (generasi X30), Mark II (generasi X60), Cresta, Chaser, dan kereta sports pacuan roda belakang AE86 Levin.

Selain daripada itu, fasiliti ini juga turut menghasilkan teksi Crown Comfort, MPV Isis, Carina ED, dan teksi baharu JPN Taxi.

Sebagai sebuah lokasi pemasangan tetap Century, Higashi Fuji turut memiliki sebuah papan tanda "Selamat Datang ke Bengkel Century: Kereta Terbaik di Dunia", dan Toyota hanya membenarkan pekerja mahir sahaja ditugaskan untuk memasang sedan di kilang tersebut.

 


Dengan penutupan Higashi Fuji, produksi Century turut dipindahkan ke Toyota City, dan daripada 1,100 orang pekerja, 400 daripadanya akan bersara, manakala selebihnya akan dipindahkan ke tempat lain.

Sehingga kini, kilang Higashi Fuji telah berjaya menghasilkan 7.5 juta kenderaan, dan penutupannya menandakan berakhirnya sebuah era di dalam lipatan sejarah Toyota.

Sumber: Japanese Nostalgic Car

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…