Kilang Kentucky Toyota berjaya hasilkan Camry yang ke-10 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu sedan yang popular dan laris terjual di Amerika Syarikat, Toyota Camry kini sudah pun mencapai angka produksi yang ke-10 juta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan yang ke-10 juta itu diproduksikan di kilang Kentucky, fasiliti pemasangan pertama yang dimiliki sepenuhnya oleh Toyota di Amerika Utara dan unit tersebut merupakan varian SE yang didatangkan dalam warna putih dengan kemasan dalaman hitam.

 

Camry 10 juta


Untuk pasaran Amerika Syarikat, generasi kelapan Toyota Camry didatangkan dalam beberapa pilihan enjin seperti:

  • enjin 2.5 liter - 203 hp dan 246 Nm
  • enjin 2.5 liter hibrid - 208 hp dan 220 Nm
  • enjin 3.5 liter V6 - 301 hp dan 362 Nm

Pada bulan Mac, Kilang Kentucky itu mendapat pencapaian terbaharu iaitu penghasilan kenderaan yang ke-13 juta, iaitu sebuah Toyota RAV4 Hybrid.

Sebagai makluman, kilang tersebut telah menerima keupayaan pemasangan kenderaan hibrid  pada Januari 2020 menerusi pelaburan tambahan sebanyak $1.5 bilion.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Satu tempoh jangka hayat yang agak panjang untuk sesebuah generasi kereta moden. Setelah…
Berita Global
Untuk makluman, unit terakhir yang keluar dari barisan produksi merupakan sebuah NSX Type S, dengan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…