Kilang Hyundai di Jawa Barat akan beroperasi 2021

oleh HEZERI SAMSURI|
Pandemik coronavirus (COVID-19) tidak akan menghalang Hyundai dari memulakan operasi kilang baharu mereka di Indonesia menjelang tahun 2021.

Timbalan Presiden Hyundai Motor Asia-Pasifik Lee Kang Hyun berkata komitmen syarikat itu untuk Indonesia tetap diteruskan walaupun ada impak dari isu COVID-19.

Hyundai bercadang untuk memasang model-model kereta sedan, SUV, MPV dan juga kenderaan elektrik (EV) di kilang baharu mereka di Bekasi, Jawa Barat. Penjualan dijangka bermula pada November 2021.

Menurut Duta Besar Indonesia untuk Korea Selatan, Umar Hadi, jumlah kenderaan yang akan dihasilkan di kilang itu ialah dalam anggaran 300,000 unit setahun. 

Pakar komponen automotif Korea juga akan mendirikan kilang-kilang mereka di Indonesia. Ini termasuk Lotte Advance Material dan juga kilang bateri LG.

Hyundai telah menyatakan perancangan mereka untuk melabur sebanyak US$1.55 bilion di Indonesia dalam tempoh 10 tahun ini.

Indonesia akan menjadi hab pengeluaran Hyundai yang pertama di rantau Asean. Ini bermakna model-model Hyundai di Malaysia juga akan datang dari Indonesia, atau sekurang-kurangnya komponen CKD Hyundai di sini akan diambil dari Indonesia.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada The Drive, mereka telah berjaya menemukan dokumen pendaftaran paten…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Ineos juga sedang merancang untuk menguji Grenadier yang dilengkapi…
Berita Domestik
Pakej eksklusif tersebut merangkumi penawaran diskaun khas sehingga 25 peratus untuk alat ganti…