Kilang helmet tipu jenis perniaagan untuk beroperasi semasa  Sekatan Pergerakan Penuh

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah kilang helmet di Butterworth telah diarah tutup serta-merta dan pemiliknya dikompaun RM10,000 kerana beroperasi atas alasan palsu.

Menurut Harian Metro, syarikat itu mengisytiharkan perniagaannya sebagai kilang peralatan perlindungan diri (PPE) tetapi pemeriksaan jam 11 pagi tadi menunjukan ia menjalankan perniagaan lain.
Modenas

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata semakan mendapati pemilik itu mengisytiharkan kilang terbabit menghasilkan PPE seperti pakaian perubatan, pelitup mula dan sarung tangan getah.

"Apa yang didapati kilang itu hanya menjalankan pembuatan topi keledar dan jelas melanggar SOP," ujar beliau.

Pembuatan topi keledar tidak termasuk dalam senarai keperluan dan tindakan penutupan kilang itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Operasi itu turut mendapati kebanyakan majikan menurut SOP di mana hanya 60 peratus pekerja yang boleh hadir bekerja. 

Jabatan Tenaga Kerja yang bersama dengan pihak polis dalam operasi itu turut mengeluarkan notis kepada majikan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) kerana menyediakan penginapan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

* Laporan asal dan gambar utama dari Harian Metro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurut beliau, kesemua topi keledar tanpa jenama dengan pelbagai warna yang dirampas itu…
Model Terbaharu
M10.1 ACQUA DEMI JET merupakan produk helmet yang serba ringan, menampilkan rekaan klasik-moden…
Berita Domestik
Kedua-dua model helmet yang dimaksudkan itu terdiri daripada ZS-1800B (jenis full face) dan ZS-608…