Kilang Demak ditutup

oleh HEZERI SAMSURI|
Demak, sebuah syarikat motorsikal tempatan diberitakan akan menutup kilangnya di Banting.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumber Careta juga memberitahu bahawa operasi akan dihentikan secara rasmi bermula dari 31 Mei ini.

 

Gambar-gambar keadaan kilang syarikat tersebut di Olak Lempit, Banting yang ditutup dan cat merah disimbah pada pintu utama mula tersebar di media sosial.

 

Satu lagi sumber berita Careta menyatakan bahawa Demak sedang menunggu kebenaran dari pihak Itali untuk menjual hak memasang dan menjual motosikal jenama Itali MV Agusta mereka.

Penganalisa industri yang dihubungi oleh Careta berkata masalah pada syarikat itu sudah bermula dari tahun lalu.

”Untuk setiap unit terjual, mereka mengalami kerugian,” ujar beliau.

Demak berada di bawah lembayung syarikat DNC Asiatic Holdings yang berasal dari Sarawak.

Ia adalah jenama motosikal yang pertama dari negeri itu.

Demak menghasilkan motosikal mereka sendiri dengan menggunakan komponen-komponen tempatan dan dari China.

Produk-produk Demak terkenal kerana mampu milik, menarik dan lasak.

Menurut laman web demakmotor.business.site, jenama Demak bermula seawal tahun 2002 dan ia telah menjual lebih dari 400,000 unit motosikal di 15 buah negara.

Mereka mempunyai operasi kilang di Kuching, Banting dan di Colombo, Sri Lanka.

DNC Asiatic menjadi pemasang dan pengedar motosikal jenama MV Agusta pada Disember 2016.

Sebelum ini Suzuki Assemblers Malaysia telah menutup operasi kilang mereka di Pulau Pinang. Namun begitu, Suzuki masih kekal di dalam pasaran dengan model-model CBU sahaja.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Nampaknya, DNC Asiatic begitu serius dalam rencana mereka untuk melebarkan lagi pasaran sedia ada…
Pelancaran
Antara yang menarik perhatian ialah steering damper yang dibina bersekali dengan triple clamp atas…
Berita Global
Demak Sales and Services Sri Lanka kini telah menjalinkan kerjasama dengan Motul, pengeluar minyak…