Kilang bateri gabungan LG dan Hyundai bakal lonjak Indonesia dalam pasaran EV

oleh HEZERI SAMSURI|
Cadangan pembinaan kilang bateri sel di Indonesia akan menjadikan negara itu dalam kedudukan yang lebih baik di dalam pasaran global kenderaan elektrik (EV).

Kilang bateri sel untuk EV itu adalah usahasama antara dua gergasi Korea Selatan, LG Energy dan Hyundai Motor Group.

Pelaburan sebanyak US$1.1 bilion itu dijangka akan siap dan beroperasi pada separuh pertama tahun 2024, menghasilkan bateri NCMA lithium-ion sebanyak 10 GHw setiap tahun - cukup untuk 150,000 unit BEV (EV bateri).

Hyundai akan menggunakan bateri-bateri itu untuk model-model Hyundai dan Kia yang menggunakan Platform Modular Elektrik Global (E-GMP).

Kerajaan Indonesia telah bersetuju untuk menawarkan insentif cukai bagi penghasilan bateri EV secara tempatan.

Selain dari LG Energy, Indonesia juga telah menjalinkan perkongsian strategik dengan syarikat bateri China, CATL untuk penghasilan bateri lithium-ion menggunakan lebihan logam nikel hasi dari industri perlombongan negara itu.

Sumber hasil bumi Indonesia, iaitu logam nikel dan kobalt mampu memenuhi keperluan industri bateri EV dunia. LG Energy juga menjadi pembekal kepada beberapa pengeluar EV besar yang lain, termasuk VW, Tesla dan GM.

* Laporan dari Global Data

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Robot pegawai keselamatan ini menggunakan asas daripada robot 'Spot' buatan Boston Dynamics (yang…
Berita Global
Menerusi acara dalam talian Hydrogen Wave, Hyundai membawakan Vision FK, sebuah model konsep kereta…
Berita Global
Nama Hyundai Casper ini bukanlah diambil daripada karakter hantu yang comel itu, sebaliknya ia…