Kilang asal Pajero kini jadi fasiliti penghasilan tisu tandas

oleh Mohamad Hanif|
Satu lagi berita yang menyedihkan datangnya daripada Mitsubishi Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Japanese Nostalgic Car, fasiliti Pajero Manufacturing Co. Ltd yang terletak di Sagahogi, Wilayah Gifu telah pun dijual kepada syarikat Daio Paper, peneraju dalam pembuatan kertas tisu dan tisu tandas di Jepun.

Fasiliti tersebut sebelum ini bukan sahaja digunakan untuk pemasangan model Pajero, akan tetapi ia turut menjadi lokasi untuk model-model seperti Delica, pikap Mighty Max dan juga truss eskalator.

Malah, ia juga turut mempunyai kapasiti pengeluaran tambahan untuk digunakan oleh syarikat lain seperti Toyota dan juga Honda.
 

Pajero


Pada zaman kegemilangan, fasiliti Pajero ini mampu menghasilkan kira-kira 170,000 unit kenderaan setiap tahun.

Laporan daripada Nikkei menyebut harga jualan fasiliti tersebut (termasuk tanah) bernilai ¥4 bilion (RM140 juta), dan ia terpaksa dijual sebagai sebahagian daripada langkah penstrukturan semula oleh Mitsubishi Motors.

Daripada 1,000 orang tenaga pekerja asal fasiliti tersebut, 30 peratus diserap masuk ke dalam Mitsubishi Motors, dan 30 peratus lagi mendapat tawaran kerja baharu.

Hanya 250 orang sahaja yang memilih untuk bersara awal.

Sumber: Japanese Nostalgic Car, Nikkei