KiaCharge - jaringan pusat pengecasan EV, PHEV untuk pemilik Kia di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Kia bakal melancarkan perkhidmatan pengecasan umum KiaCharge untuk para pemilik kenderaan elektrik dan juga kereta plug-in hybrid (PHEV) di Eropah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan ini menawarkan solusi pembayaran yang diselaraskan menggunakan satu kad dan aplikasi selain menawarkan akses kepada jaringan pengecasan terbesar di Eropah yang terdiri daripada 160 ribu poin pengecasan termasuklah pengecasan AC dan DC.

Menurut COO Kia Motors Eropah, Emilio Herrera berkata, "dengan memperkenalkan perkhidmatan pengecasan yang komprehensif dan mudah untuk digunakan, Kia menjadikan pemilikan EV satu opsyen yang berbaloi untuk para pembeli kereta.

 


Jaringan Digital Charging Solution (DCS) boleh diakses menerusi penggunaan kad RFID atau aplikasi mudah alih, di mana mereka boleh mendapatkan harga perkhidmatan dalam bentuk masa nyata (real-time) serta mendapatkan tarif yang berbeza berdasarkan keperluan.

Ini memudahkan para pengguna untuk membanding-bezakan harga yang ditawarkan tanpa perlu mendapatkan langganan bulanan.

Perkhidmatan DCS ini akan membuat kemunculan di beberapa negara Eropah seperti Itali, Poland, Sepanyol, Austria, Perancis, Jerman dan Switzerland.

Perkhidmatan yang sama juga turut ditawarkan oleh Hyundai dibawah nama Charge myHyundai.