Kia umum spesifikasi Niro Hybrid 2023 - dimensi lebih besar, Cd 0.29, mod Zon Hijau

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada Kia Carnival yang telah dilancarkan baru-baru ini, salah satu daripada model-model baharu Kia yang bakal dibawakan oleh Dinamikjaya adalah Kia Niro.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan penghujung tahun 2021, Kia Malaysia merancang untuk melancarkan Kia Niro pada tahun 2023 dan bakal ditawarkan dalam pilihan trenkuasa hibrid dan elektrik sepenuh masa (BEV).

Di peringkat global, Kia telah mendedahkan secara terperinci spesifikasi trenkuasa hibrid yang akan mula dijual di pasaran tertentu.
 

Kia NIro


Bermula dari dimensi, Kia Niro membawakan ukuran yang lebih besar berbanding generasi terdahulu:

Panjang - 4,420 mm (+65 mm)
Lebar - 1,825 mm (+20 mm)
Tinggi - 1,545 mm (+10 mm)
Jarak antara roda - 2,717 mm (+20 mm)
Kadar pekali seretan (Cd) - 0.29 (kekal)

Disebabkan penambahan ini, Kia Niro mampu menawarkan ruang kargo sebesar 451 liter (+15 liter daripada model terdahulu), dan penambahan ini turut disumbangkan oleh bateri 12V yang kini diposisikan di bawah tempat duduk bersama-sama dengan bateri bervoltan tinggi.

Unit trenkuasa hibrid Kia Niro terdiri daripada enjin 1.6 liter (104 hp/144 Nm) dan motor elektrik (43 hp/169 Nm) dengan output keseluruhan setinggi 139 hp dan daya kilas 264 Nm, dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar enam kelajuan yang telah dioptimasikan untuk kadar kecekapan yang lebih baik, serta berat yang lebih ringan.
 

Niro


Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, Kia Niro mempunyai ciri Green Zon Drive Mode, di mana sistem komputer akan mematikan fungsi enjin secara automatik apabila berada di dalam zon hijau, atau memasuki kawasan yang telah ditetapkan oleh pemandu.

Ini bermakna, dalam zon hijau Kia Niro boleh beroperasi dalam mod elektrik sepenuh masa tanpa sebarang pelepasan emisi.

Menurut laporan, Kia Niro bakal mula dijual di Korea Selatan pada bulan ini, diikuti oleh pasaran utama yang akan menyusul kelak.

Baca: Kia Niro 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Atas kertas, prestasinya juga biasa-biasa. Versi hibrid (HEV) didatangkan dengan enjin 1.6 liter…
Berita Global
Generasi pertama telah pun wujud sejak tahun 2016 untuk pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat…