Kia terima 21,000 tempahan untuk model EV6 dalam 24 jam!

oleh Mohamad Hanif|
Ternyata, penerimaan terhadap Kia EV6 begitu menggalakkan apabila pengeluar Korea Selatan itu berjaya mendapatkan lebih 21,000 tempahan dalam masa 24 jam, menurut laporan daripada InsideEVs.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia hampir menyamai rekod sambutan yang diterima oleh 'kembarnya' Hyundai Ioniq 5 yang mendapat 23,760 tempahan dalam masa 24 jam pertama di Korea Selatan.

Kia tidak mendedahkan angka rasmi tempahan yang diterima di Eropah, namun sebagai rujukan Hyundai mengambil masa satu minggu untuk mendapatkan angka 236,000 tempahan untuk model Ioniq 5.

Untuk pasaran Eropah, Kia EV6 bakal ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian asas, varian GT-Line dan varian premium GT.

Spesifikasi lanjut Kia EV6 boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: Kia EV6 kalahkan pecutan Taycan

 

Sumber: InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk meraikan pencapaian tersebut, Kia telah melancarkan model edisi terhad yang dinamakan sebagai…
Telah Diuji
Dalam keterujaan dan keseronokan, penulis juga berasa sedikit gementar kerana ini adalah pengalaman…
Berita Global
Tidak semua mempunyai reputasi kebolehpercayaan (reliability) yang sama, berdasarkan laporan…