Kia Telluride rangkul anugerah World Car of The Year!

oleh Mohamad Hanif|
Keputusan Anugerah World Car of The Year telah pun diumumkan baru-baru ini menyaksikan crossover berjenama Korea Selatan, Kia Telluride berjaya menggondol anugerah tertinggi mengalahkan dua calon daripada jenama Mazda (Mazda3, Mazda CX-30).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dipecahkan kepada subkategori yang dinilai, ternyata Kia Telluride berjaya menambat hati para juri menerusi spesifikasi yang ditawarkan, serta bernilai untuk setiap wang yang dibelanjakan.

Malah, Kia Telluride juga sebelum ini turut merangkul Consumer Reports Top Pick, serta memenangi kelas Utiliti di dalam anugerah North American Car of The Year.

Sementara itu, Porsche Taycan berjaya merangkul dua anugerah yang berbeza iaitu World Performance Car serta World Luxury Car mengalahkan pesaing Mercedes-Benz EQC serta adik beradiknya sendiri (Porsche 911, Porsche 718).

Dalam kelas Urban, peranan MINI Cooper SE Electric dan Volkswagen T-Cross berjaya disisihkan oleh Kia Soul EV.

Manakala anugerah World Car Design of The Year masih lagi dipegang oleh Mazda3 mengalahkan Peugeot 208 dan juga Porsche Taycan.

Keputusan penuh boleh dilihat menerusi pautan ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut dokumen National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kesemua model tersebut…
Berita Global
  Dari segi reka bentuk, Telluride hanyalah sebuah SUV besar yang berkotak tanpa garisan atau…
Berita Global
  Terbaru Kia memperkenalkan Telluride 2022 dan ia hadir tanpa perubahan yang besar. Lagi pun…