Kia Telluride, jawapan Kia untuk GMC di Amerika Syarikat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika anda rajin menyemak laman web jual beli kenderaan pasti akan terjumpa iklan SUV dengan sesaran enjin besar. 3.8 liter, 4.0 liter dan berapa pula cukai jalannya?

SUV begini mempunyai pasaran tersendiri terutama sekali di Sabah dan Sarawak. SUV dan pikap lebih sesuai digunakan mengikut keadaan jalan dan muka bumi selain daripada saiz negeri yang besar.

SUV besar juga popular di timur tengah dan Amerika Syarikat. GMC, Nissan Patrol, Toyota LandCruiser adalah mainan di sana.

Bagaimana pula dengan pengeluar dari Korea Selatan? Ini jawapannya. Kia Telluride dengan enjin 3.8 liter V6 berkuasa 291 hp.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Kia Tellurride

 

Telluride jelas anak jati AS berdasarkan reka bentuk dan saiz dominan dan menariknya sijil kelahiran yang dikeluarkan di sana. SUV ini direka di studio Kia di California dan dipasang di Georgia.

SUV ini adalah model Kia yang pertama direka khusus untuk AS. Ia dibina untuk pelbagai geografi AS, dari langit biru terang, jalan di tengah padang pasir, laluan berbukit, hutan yang teduh, lebuh raya yang lancar dan laluan tepi pantai yang panjang.

Ia adalah SUV yang melambangkan AS dan untuk menjelajah negara tersebut. Badan kereta kukuh dengan 59.4 peratus diperbuat dari besi kekuatan tinggi termaju.

Menggerakkan Tellurride ialah enjin LAMBDA II 3.8L V6 GDI dengan kuasa 291 hp pada 6,000 rpm dan tork 355 Nm pada 5,200 rpm.

Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi lapan kelajuan automatik. Menampung berat dan menjamin keselesaan penumpang ialah suspensi empat roda bebas.

 

Kia Tellurride

 

Ketinggian bahagian belakang dilaras secara automatik manakala ketinggian keseluruhan juga automatik dan dilaras mengikut beban pada kenderaan untuk kawalan optimum dan kestabilan (opsyen untuk EX dan SX).

Terdapat empat mod pemanduan iaitu Smart, Eco, Sport dan Comfort. Setiap satu mod mempunyai tetapan berbeza untuk nadikuasa, pacuan dan stereng.

Selain mod pemanduan, terdapat dua lagi tetapan iaitu Snow dan AWD Lock untuk permukaan jalan yang mencabar.

Sistem pacuan adalah penting SUV besar ini. Kia melengkapi Tellurride dengan pacuan kesemuan roda (AWD) berdasarkan permintaan (on demand) yang pintar.

Ia mampu membahagi kuasa di antara roda belakang dan depan mengikut kesesuaian permukaan jalan dan input pemandu.

 

Kia Tellurride

 

Semasa pemanduan normal, kuasa dibahagi mengikut mod pemanduan yang dipilih. Mod Eco dan Smart menghantar 100 peratus kuasa ke roda depan, mod Comfort dan Snow memberikan 80 peratus ke roda depan dan 20 peratus ke roda belakang.

Mod Sport pula membahagikan 65-35 kuasa di antara roda depan dan belakang manakala mod Lock pula bahagi sama rata kuasa untuk setiap roda.

Dari segi keselamatan, Telluride mempunyai pelbagai kelengkapan dari tujuh beg udara, “Kia Drive Wise” Advanced Driver-Assistance Systems (ADAS), Forward Collision Warning (FCW), Forward Collision-Avoidance Assist with pedestrian detection (FCA), Lane Departure Warning (LDW), Lane Keeping Assist (LKA), Blind Spot Collision-Avoidance Assist-Rear (BCA-R) dan pelbagai lagi yang canggih belaka.

 

Kia Tellurride

 

Kia Tellurride akan dikilangkan di West Point, Georgia di samping beberapa varian Sorento dan Optima. Terdapat lima varian Tellurride iaitu LX, EX, S dan SX dengan pilihan pacuan 2WD dan AWD pilihan.

Harga masih belum diumumkan dan Kia memaklumkan siap-siap Tellurride ini tidak akan dijual di Eropah. Pasaran benua sana pun sama seperti kita, sensitif dengan harga minyak.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…