Kia Telluride 2023, gaya baharu dan direka untuk Amerika Syarikat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Telluride 2023
Kia Telluride 2023
Tiga tahun selepas dilancarkan di Amerika Syarikat, Kia Telluride diberi pelbagai peningkatan yang menyerlahkan lagi imejnya yang rugged dan tarikan pembelian.

Telluride adalah SUV yang berjaya, lebih 75 peratus pembeli belum pernah memiliki Kia dan bukan mudah sebenarnya untuk menarik pengguna beralih kepada jenama lain.

Selain perubahan luar dan dalam serta teknologi keselamatan, Kia turut memperkenalkan dua varian baharu iaitu X-Line dan X-Pro.

Kia berterus-terang, SUV besar dengan tiga baris tempat duduk ini memang direka khusus untuk pasaran Amerika Syarikat.

Disebabkan itu Telluride nampak berbeza dengan barisan produk Kia yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Telluride 2023

 

Dari segi reka bentuk, Telluride hanyalah sebuah SUV besar yang berkotak tanpa garisan atau permukaan agresif namun mempunyai aura tersendiri.

Apa yang baharu pada Telluride 2023? Banyak dan berikut disenaraikan komponen dan ciri baharu:

Luaran

  • Rekaan lampu depan LED menegak
  • Bampar dan gril
  • Lampu belakang
  • Bampar dan riasan belakang
  • Roda 
  • Tiga warna baharu iaitu Midnight Lake Blue, Dawning Red dan Jungle Wood Green

 

Kia Telluride 2023

 

Dalaman

  • Dua paparan skrin melengkung saiz 12.3 inci dan sistem navigasi
  • Papan pemuka dengan riasan dan corong HVAC
  • Stereng
  • Pakej warna dalaman

Selain itu, Kia turut memperkenalkan dua varian baharu untuk penggemar kembara seperti berikut:

 

Kia Telluride 2023

 

Telluride X-Line

  • Rekaan gril radiator khas
  • Rel bumbung jenis jambatan
  • Roda 20 inci khas
  • Lencana X-Line 
  • Pakej warna khas
  • Cetakan X-Line pada penyandar kepala kerusi
  • Jarak kelegaan bumi 10 mm lebih tinggi
  • Sudut mendaki dan menuruni curam (approach and departure angle) yang ditambah baik
  • Mod tunda untuk prestasi tundaan lebih optimum (shift logic, sway control)
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang dipertingkatkan

Telluride X-Pro (tambahan dan perbezaan daripada X-Line)

  • Roda khas 18 inci warna hitam dengan tayar semua permukaan (AT) Continental
  • Lencana X-Pro
  • Cetakan X-Line pada penyandar kepala kerusi
  • Outlet inverter 110 volt pada ruang kargo
  • Peningkatan keupayaan tunda dari 2267 kg kepada 2494 kg

 

Kia Telluride 2023

 

Berkenaan rangkaian kuasa, Telluride 2023 kekal dengan enjin LAMBDA II 3.8L V6 GDI berkuasa 291 hp pada 6,000 rpm dan tork 355 Nm pada 5,200 rpm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik lapan kelajuan.

Ada empat mod pemanduan iaitu Smart, Eco, Sport and Comfort dengan tetapan berbeza untuk rangkaian kuasa, pacuan dan usaha stereng.

Selain mod tersebut, Telluride pacuan semua roda mempunyai dua lagi mod tambahan iaitu Snow dan AWD Lock.

Baharu untuk model 2023 ialah Downhill Brake Control (DBC) untuk menuruni curam secara terkawal.

 

Kia Telluride 2023

 

Melalui fungsi Kia Connect, pemandu boleh menggunakan pelbagai ciri terhubung seperti Kunci Digital, sambungan Wi-Fi, kemaskini secara OTA dan sebagainya.

Dari segi keselamatan, Telluride sudah sedia dengan sejumlah ciri-ciri ADAS dengan model 2023 mempunyai dua tambahan fungsi standard.

Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA) boleh mengesan isyarat kelajuan maksimum dan memperingatkan pemandu dan menghadkan kelajuan kereta mengikut tetapan.

 

Kia Telluride 2023

 

Pengelakan Pelanggaran Berdepan - Membelok di Simpang (FCA-JT) pula berfungsi dengan mengesan kenderaan ketika membelok ke kiri di persimpangan.

Jika wujud kemungkinan berlakunya pelanggaran, sistem akan membrek secara automatik bagi menghentikan kereta.

Sebagai sebuah model yang memang dibuat untuk pasaran Amerika Syarikat, Telluride dipasang di Georgia bersama-sama K5, Sportage, dan Sorento.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Telluride 2023

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…