Kia Telluride 2022, ubah sikit kekal mengancam!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia Telluride 2022
Kia Telluride 2022
Sebelum China, Amerika Syarikat merupakan pasaran automotif terbesar dunia sejak sekian lama.

Dengan angka jualan kereta belasan juta setahun adalah menjadi satu kewajipan untuk pengeluar automotif dunia berada di sana.

Saiz pasaran yang besar juga membolehkan pengeluar kereta mengeluarkan model khusus untuk negara itu.

Tidak menghairankan apabila pengeluar dari Asia tetapi produknya hadir dengan wajah Amerika.

Dalam hal ini, Kia berjaya menonjolkan imej Amerika melalui SUV besar Telluride yang diperkenalkan pada tahun 2019.

Satu fakta menarik ialah Telluride tidak dijual di Korea.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Telluride 2022

 

Terbaru Kia memperkenalkan Telluride 2022 dan ia hadir tanpa perubahan yang besar. Lagi pun model ini masih baharu di pasaran dan reka bentuk sedia ada masih relevan.

Satu lagi perkara menarik tentang Telluride ialah reka bentuknya berpaksi pada gaya timeless. Tiada rupa depan yang agresif dan garisan badan komplikated.

Bahagian depan, sisi dan belakang diadun secara harmoni dan biasanya gaya begini boleh bertahan tujuh atau lapan tahun.

Untuk Telluride 2022, perbezaannya ialah pada logo Kia baharu yang diperkenalkan pada Januari lalu dan kini seragam dengan Sportage, Stinger dan model baharu lain.

Turut diubah ialah gril dengan corak baharu dan berwarna hitam. Dua perubahan kecil tetapi sudah cukup untuk nampak relevan dan segar di pasaran.

 

Kia Telluride 2022

 

Pada bahagian dalam, Telluride LX dan S dilengkapi skrin navigasi saiz 10.25 inci berbanding 8 inci sebelum ini, kawalan suhu automatik penuh dan sistem bantuan pemanduan lebuh raya.

Kesemua varian Telluride dilengkapi sistem kawalan jelajah adaptif berasaskan navigasi dengan bantuan lengkungan (Navigation Based Smart Cruise Control-Curve).

Dari segi rangkaian kuasa, Telluride 2022 kekal dengan enjin tunggal 3.8L V6 GDI Lambda-II berkuasa 291 hp dan tork 355 Nm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi lapan kelajuan automatik dengan dua pilihan pacuan iaitu 2WD atau AWD.

Ada sembilan varian Telluride 2022 yang dijual pada harga USD32,790 (RM135,750) untuk Telluride LX FWD dan USD46,890 (RM194,124) bagi varian tertinggi Telluride SX-P.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Telluride 2022

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…