Kia tawarkan 'insurans kehilangan pekerjaan' kepada pembeli kereta baharu di Eropah

oleh SALINA JALIL|
Reuters melaporkan bahawa syarikat kereta dari Korea, Kia merancang untuk menawarkan insurans yang melindungi pelanggan untuk membuat bayaran ansuran bulanan bagi kenderaan baharu jika mereka kehilangan pekerjaan.


Skim penawaran ini dirancang untuk menarik pelanggan untuk ke bilik pameran selepas selesai isu COVID-19 ini.


Skim insurans, yang berharga di antara 15 euro hingga 20 euro sebulan, membolehkan pembeli kereta baharu menangguhkan ansuran bulanan sehingga mereka mendapat pekerjaan semula, kata Emilio Herrera, ketua pegawai operasi Kia Motors Europe, pada hari Khamis lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Kami masih dalam perbincangan mengenai perkara ini dan mencari jalan penyelesaian bagaimana kami dapat menerapkannya di sebahagian besar pasaran di Eropah. Kami ingin mengambil tindakan segera setelah pasaran dibuka semula pada bulan Mei,” kata Herrera lagi.


Santander Consumer Finance iaitu syarikat yang menyediakan insurans untuk pelanggan Kia di beberapa pasaran Eropah, termasuk di Jerman, kata Kia.

 

kia hq

 


Langkah-langkah rangsangan kerajaan juga akan diperlukan untuk memulihkan ekonomi, kata Herrera.

 


"Kita perlu menyusun rancangan seperti mana kami lakukan pada tahun 2009," kata Herrera.

 

Penawaran yang menarik perlu diadakan dan salah satu cara adalah seperti insurans pengangguran, langkah ini akan memberi keyakinan untuk pelanggan membeli kereta,” kata Herrera.

 

Krisis COVID-19 ini telah memberi kesan yang sangat teruk serata dunia termasuk industri automotif dengan angka jualan telah menurun lebih dari 25 peratus pada suku tahun pertama.

 

Sepertimana yang kami jangkakan, jualan di bulan April akan  menjadi lebih buruk dengan penurunan sehingga 70 peratus, kerana itu kami anggarkan bahawa permintaan akan meningkat semula selepas ini, kata Herrera lagi.

 


Di Jerman, bilik pameran kereta yang bersaiz kecil telah dibenarkan beroperasi dan telah dibuka sejak seminggu lalu. 

 

 

Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di sebalik itu, apakah kayu ukur kejayaan sesebuah pengeluar dalam menawarkan EV kepada…
Informasi
  Di antaranya akibat dari konsolidasi industri pada tahun 80-an, Kia terpaksa menghentikan…
Model Terbaharu
Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil…