Kia Stonic ‘Maxx’, enjin 1.0L turbo - RM103k di UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
Beberapa hari yang lalu laman media sosial Kia Malaysia ada memuat naik satu gambar istimewa sempena tahun baharu. Status itu mengandungi foto SUV Kia Seltos yang sebelum ini dilancarkan di India dan Amerika Syarikat.

Mungkin ia sekadar ucapan tahun baharu atau bayangan Seltos bakal dilancarkan di pasaran tempatan. Jika ditawarkan di pasaran tempatan bermakna Stonic kekal di Eropah, Korea Selatan dan China.

Stonic dan Seltos menunjukkan kemampuan Kia dalam membangunkan dua buah SUV dalam segmen sama untuk dua pasaran berbeza. 

Stonic sebenarnya dilancarkan lebih awal iaitu pada tahun 2017 dan boleh diibaratkan seperti Rio dalam bentuk SUV. Platform dan beberapa komponen juga berkongsi dengan hatchback itu.

Di United Kingdom Kia baru sahaja memperkenalkan edisi istimewa Stonic ‘Maxx’.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Stonic standard
Kia Stonic standard


SUV itu digerakkan oleh enjin kecil 1.0 liter T-GDi berkuasa 118bhp dengan dua pilihan transmisi enam kelajuan manual atau tujuh kelajuan DCT.

Keistimewaan Stonic itu terletak pada kombinasi warna putih dan bumbung merah, roda aloi warna graphite, cermin privasi dan kerusi balutan kulit tiruan. Kelengkapan lain ialah lampu kombinasi LED dan kamera undur.

Harga yang ditawarkan untuk Stonic 'Maxx' DSG ialah GBP£20,055 (RM108,074) dan GBP£19,055 (RM102,685) untuk Stonic manual.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia Stonic standard
Kia Stonic standard