Kia Stinger sebagai MPV rasmi pasukan polis Queensland

oleh Mohamad Hanif|
Setelah Holden Commodores dan Ford Falcon diberhentikan khidmat sebagai MPV (mobile patrol vehicle), pasukan polis Queensland kini menemui alternatif baharu bagi memenuhi tugasan mereka membanteras jenayah di sana.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setelah beberapa ujian dilakukan oleh pihak berkenaan sejak bulan Disember tahun lalu, kini pasukan polis di Australia itu berkenan untuk memulakan khidmat sebanyak 50 unit Kia Stinger bagi menggantikan tugas yang ditinggalkan oleh Holden Commodores dan Ford Falcon tadi.


Menurut pegawai Ian Stewart, Kia Stinger merupakan calon yang sesuai untuk melakukan tugas tugas kepolisan dan memuji ia sebuah produk yang bagus daripada Kia. 

Kereta Peronda Kia Stinger yang dimaksudkan menggunakan enjin 3.3 liter bentangan V6 twin-turbo yang menghasilkan 365 kuasa kuda sebelum disalurkan kepada empat buah roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.

Dengan keupayaan memecut sepantas 4.9 saat daripada pegun ke 100 km/j, ia menjadikan kerja mengejar penjenayah menjadi sangat mudah buat pasukan polis Queensland. 
 


Selain daripada Kia Stinger, pasukan polis tersebut turut merekrut SUV Kia Sorento bagi melengkapkan barisan kereta MPV mereka. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Menteri Pengangkutan dan Jalanraya Utama Queensland, Mark Bailey, kadar saman itu pasti…