Kia Stinger Scorpion Special Edition 2022 tampil agresif, khusus untuk US sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Pasaran Amerika Syarikat sedikit meriah minggu ini dengan pelancaran model-model baharu serta pengenalan model khas seperti yang dilakukan oleh Kia baru-baru ini.

Ini dia, Kia Stinger Scorpion Special Edition 2022 - model sedan sports edisi terhad yang hanya ditawarkan khusus untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

 


Kia telah melengkapkan Stinger Scorpion Special Edition ini dengan garnish fender berwarna hitam, diikuti perumah cermin sisi, rim unik bersaiz 19 inci hitam serta tip ekzos yang turut digelapkan.

Tidak ketinggalan, bahagian belakang turut menampilkan spoiler belakang yang mengikut warna badan sama ada dalam warna White Pearl, Aurora Black atau Ceramic Silver.

 


Sementara ruang kabin pula menampilkan upholsteri kulit hitam atau Nappa merah, serta penambahan aksen baharu daripada gentian karbon.

Kia Stinger Scorpion Special Edition 2022 ini hanya ditawarkan sebanyak 250 unit sahaja untuk setiap bulan dan boleh didapati dalam versi GT2 pacuan roda belakang dan pacuan semua roda.

 


Harga jualan pula bermula dari $52,585 (RM216,992) untuk versi RWD atau $54,785 (RM226,070) untuk versi AWD.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Di Amerika Syarikat, terdapat ura-ura Hyundai Motor Group mahu menghentikan penjualan bagi tiga…
Berita Global
Menurut laporan daripada Korean Car Blog, produksi Kia Stinger bakal ditamatkan pada musim bunga…
Berita Global
Seorang lelaki Kenneth Gaughan, 41 tahun telah ditahan pihak berkuasa atas kesalahan…