Kia Stinger mungkin tidak menerima model pengganti - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun pada awalnya kehadiran sedan berprestasi tinggi pacuan roda belakang Kia Stinger menerima sambutan hangat, namun ia tidak diterjemahkan dengan jumlah jualan yang memberangsangkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Malah, penurunan kadar penjualan Kia Stinger yang semakin merudum saban tahun membuatkan pengeluar dari Korea Selatan itu berkira-kira untuk tidak meneruskan penawaran generasi baharu buat sedan FR itu.

Menurut satu laporan daripada The Korean Car Blog yang memetik sumber tidak bernama, jumlah jualan Kia Stinger jatuh 21 peratus untuk suku pertama tahun 2020 jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Keadaan menjadi semakin membimbangkan apabila kadar penjualan Kia Stinger terjejas teruk akibat wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

 


Sebelum ini, Gregory Guillaume yang kini memegang jawatan ketua rekaan Kia berkata, Kia perlu menjadikan Stinger sebuah model yang berjaya dari segi ekonomi sebelum memutuskan untuk menghasilkan generasi kedua sedan tersebut.

Namun, Guillaume tidak pernah berputus asa terhadap sedan Stinger tersebut, dan memberikan bayangan bahawa ia mampu menjadi sebuah model yang lebih berjaya, melihatkan kepada trend elektrifikasi semasa.

Adakah Kia Stinger bakal menjadi sebuah sedan EV berprestasi tinggi?

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan…