Kia Stinger GTS 2020 - 800 unit terhad, kini hadir dengan mod Drift!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kia Stinger bukanlah sebuah model yang biasa-biasa, ia sebuah sedan sports yang direka untuk melawan secara terus pesaing-pesaing yang lebih mewah seperti Audi S4, BMW 4 Series, Mercedes-Benz C-Class dan lain-lain. 

Tapi entah kenapa, sengatan Stinger kurang berbisa pula dan di jalan raya kita macam biasalah, tidak ramai yang percaya akan jenama dari Korea ini. 

Masih skeptikal? Entahlah.

 


Jadi bagi menaikkan semula seri Stinger ini daripada terus tenggelam, Kia mendatangkan versi edisi khas iaitu Stinger GTS dengan warna yang sangat menarik, iaitu Federation Orange. 

Layangan warna jingga ini meliputi hampir keseluruhan permukaan kereta sedan ini kecuali beberapa bahagian yang menggunakan bahan gentian karbon seperti pelindung cermin sisi, liang udara sisi, dan grill hadapan. 
 


Perubahan dalaman pula agak minima, akan tetapi tetap mewah dengan penggunaan headliner ala-ala suede, dan upholsteri Alcantara menghiasi roda stereng dan konsol tengah.

Sistem hiburan pula didatangkan dengan audio daripada Harman Kardon berkuasa 720 watt. 

Apa yang hadir pada Stinger GTS ini tidak terhad kepada kosmetik semata-mata, Kia juga turut menala kembali sistem pacuan semua roda dengan kadar kecenderungan dibiaskan ke roda belakang. 
 


Ini boleh didapati menerusi pemilihan mod Comfort yang menyalurkan 60% kuasa ke roda belakang dan mod Sport pula lebih tinggi, 80%. 

Tidak cukup?

Pilih mod Drift dan 100% kuasa akan disalurkan kepada roda belakang!

Kuasa pula datang dari unit enjin 3.3 liter bentangan V6 twin-turbo yang mampu menjana 365 kuasa kuda dan 509 Nm daya kilas menerusi transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 
 


Kia Stinger GTS hanya dihadkan produksinya kepada 800 unit sahaja dan harga jualan pula bermula dari $44,000 (RM182 ribu) untuk varian RWD sehinggalah $46,500 (RM193 ribu) untuk versi AWD. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan…