Kia Stinger generasi baharu sebagai sedan coupe elektrik?

oleh Mohamad Hanif|
Kia Stinger mungkin merupakan satu contoh resepi yang sangat baik dan mampu memberikan saingan kepada sedan pacuan roda belakang di dalam pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Manakan tidak, atas kertas sedan eksekutif tersebut mampu menjana 365 kuasa kuda dan daya kilas 510 Nm terima kasih kepada nadi bentangan V6 turbo berkembar 3.5 liter yang digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Kuasa pecutan pula mampu mencapai catatan masa 4.9 saat dari 0-100 km/j, menjadikan Kia Stinger satu produk yang 'cukup baik'.

Namun, spesifikasi bagus sahaja tidak mencukupi untuk menjamin Kia Stinger kekal sebagai pilihan, apabila Kia melaporkan sedan tersebut mengalami penurunan jumlah jualan yang mendadak pada suku pertama tahun ini.

Adakah nasib Kia Stinger akan berakhir dengan satu generasi sahaja?

 


Dipetik daripada laman Top Gear, Karim Habib selaku ketua unit rekaan Kia memberikan bayangan terdapat satu cara untuk memastikan legasi Kia Stinger kekal hidup untuk generasi berikutnya.

Menurut Karim Habib, melihatkan kepada kecenderungan teknologi dunia yang kini ke arah kenderaan elektrik (EV), konsep asal yang dibawakan oleh Kia Stinger juga mungkin berubah mengikut kepada kecederungan tersebut.

"Saya amat berharap konsep dan semangat yang dibawakan oleh Kia Stinger akan kekal sebagai tunjang utama jenama Kia," tambah beliau lagi.


Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
Baru-baru ini terdapat laporan dari Korea mengatakan bahawa Kia Stinger bakal mendapat pengganti…
Berita Global
Masalah ini boleh mengakibatkan sedan pacuan roda belakang itu kehilangan kuasa semasa berada di…
Berita Global
Hanya 1,000 unit sahaja Kia Stinger Tribute Edition yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan…